Selasa, 10 Ogos 2010

perjalanan pagi

23/03/2010

Perbualan di dalam bas

juvi: ui, bagus o tu aircond punya kipas (merujuk kepada compressor) kering semua.

merujuk kepada kesungguhan kami menjemur pakaian di balkoni apartment yang sesungguhnya berkesan untuk mengeringkan pakaian. compressor berangin panas. please comment cik adek?

Den Adjie mengagih- agihkan minuman soda berkarbonat. apa da jenama dia cik adek? macam sedap, tapi, memandangkan, saya kurang gemar minuman yang terlalu berwarna, niat minum dibatalkan. saya try minum air mineral. wah.. bermineralnya. payau.

ubat tolak angin. jenama ni sangat famous di Indo, billboard advert featuring Agnes Monica. apa da? macam takder artis lain lagi eh? Billboard semua muka dia, sampai dinding bas pun muka dia juga. Blackberry, tolak angin, kad bank..

i'll tell later about Dawn's attempt to menolak angin perut dia menggunakan tolak angin.

Den Adjie: selamat pagi, kita akan memulakan perjalanan dari Jakarta ke Bandung menggunakan Jalan tol.. bla..bla.. bla.. lalu, untuk breakfast, kita akan berhenti sebentar di bla..bla.. bla..

me: aku lapar fread

fread: kau tidak minum tadi?

me: mana sempat

fread: aku pun lapar juga ni... apa mau makan ni? mana dia cakap mau berenti makan tadi?

Piet: cantiknya pokok buluh mereka tanam buat pagar

me and fread : huh?

ok kedudukan kami dalam bas. di belakang supir, cik jen dan Dawn, belakang mereka, kosong, ke belakang lagi, ppong, belakang lagi, fread. sebelah kiri bas. dari depan, En. boyang (pembantu supir yang sangat super) duduk bersama Den Adjie, ke belakang, cik juvi dengan diana, ke belakang, me, ke belakang lagi piet. tempat duduk belakang yang panjang dan kosong, tempat beradu sekali sekala cik hot, dan juga tempat menumpukkan barang.

(hahahhaha.. belum sampai minum pagi pun kan?) slow and steady will get us there guys.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Jakarta yang sejuk

OMG! post long overdue.

pagi 23/03.
(jam mengikut jam handphone yang mengikut jam Malaysia)

sekitar 3.30 pagi
Ppong: sejuknya, kasi off air cond.
me: pigilah off sendiri
Ppong- dia tarik selimut dan melingkar.
cilaka!
me- sedar diri, me older. ok. aku bangun, cari remote air-cond. mana ni? adoyai.. suis aircond, 2 meter dari lantai. cari kerusi. takder. cari penyapu.nak jolok. takder. uih! sejuk ni! hanger? ok, try. takdapat. cilakak! cilakak!. keluar bilik. (i am wide awake already!). amik kerusi. ahhh.. baru boleh off.

sambung tidur. apahal tak boleh plak ni? nak berak? ok. me out lagi, to bathroom. pelan-pelan, macam kucing. cik buffy tidur. tak tutup TV. ok. switch off dulu. duduk dalam bathroom, senyum-senyum, aku berak di Indonesia! yay!

sambung tidur.

sekitar 6.00 pagi
suara sumbang: ui! bangun! bangun! cakap mau ambil gambar awal pagi.
me open my heavy eyes. God, give me a break...
thud! kaki dia hampir melantak badan me.
suara sumbang: pong, bangun pong, kau di Indonesia. kita tengok matahari timbul.
ppong: ai cik hot..
suara sumbang @ cik hot: kenapa best tempat korang? tidak telampau sejuk? tempat kami dahlah berlubang dinding tu. share aircond yang sejuk melampau.
ppong: mhmmm..(sleepy voice)
cik hot: ui, kenapa kau dua belum bangun lagi, dorang juvi sudah bersiap-siap tu. kita jalan awal. 7.30.
me: baru pukul 5 la cik hot. ko tengok jam Malaysia tu...

sekitar 7.15
kami siap sedia. Den Adjie tiba tidak lama kemudian.

sekitar 7.45
bertolak menggunakan bas (20 penumpang?). bertolak awal untuk mengelakan macet*. kami akan menggunakan highway baru, Jakarta-Bandung. Cipularang toll road. we used the Puncak route on the way back to Jakarta.

macet* = traffic jam.

Selasa, 11 Mei 2010

ORANG KK

kami balik ke apartment sebelum tengah malam, sebab orang-orang KK dijangkakan akan sampai pada tengah malam.

Ketibaan orang-orang KK sangat dinanti-nantikan, dan aku secara personal menunggu dengan semangatnya kerana dua sebab di bawah:

1. Piet! (berapa tahun sudah tidak nampak dia?)

2. Towel! Aku mahu mandi, tapi, tidak ada tuala mandi. (den Freddie dengan angkuhnya berkata kepada cik hot melalui telefon “ kan kau tau, itu apartment, manada dia bagi towel!”. Cik hot meekly replied “ oh.. yak ah? Bah, suruhlah geng-geng KK bawa towel banyak-banyak”)

Jadi aku dengan sabar menunggu adik terchenta membawa towel . (kami tidak mau beli towel, nanti barang-barang lain {almaklum, kami ini shoppers sejati} mau simpan mana?). hal bagasi orang-orang KK, biar mereka uruskan sendiri. Tidak berkaitan dengan kami yang dari KL. Hahhaha!

JAZ, Diana, Buffy start bermandi-manda. Aku jealous k… aku jealous..

Orang KK tiba pada lewat malam. Piet’s here! (berapa tahun sudah tidak nampak dia?)(berapa kali daaa nak tanya?). kumpulan 30-an di apartment no.2, kumpulan bawah 30 apartment no.1. aku, walaupun sudah menginjak hampir 30, terpilih untuk tidur bersama adinda. So, aku masuk apartment no.1. 4 orang dalam apartment no.2 dan 5 orang apartment no.1. satu apartment ada 2 bilik tidur. cik buffy tidur di ruang tamu. (pening?). ok.

model penidur sejati

jadi, lengkaplah sudah kumpulan kami, 5 dari KL, 4 dari KK. bah.. mau tunggu pagi esok. Bandung!

Isnin, 10 Mei 2010

Plaza Indonesia


Selepas makan, kami jadi bersemangat kembali untuk berjalan-jalan. Lebih kurang 7.30 masa Jakarta. Kami beredar dengan satu incident hampir melayangkan nyawa seorang lelaki tua. van kami cuba keluar dari tempat parking yang hampir impossible itu dan hampir menabrak* seorang lelaki tua yang menyorong pondok kayu (macam pedati). kami-kami pucat-pucat sudah.

kami menuju Plaza Indonesia

Kami disambut oleh penjaga pintu yang memeriksa beg dan memasuki ruangan terang-benderang dengan lampu yang menampakkan kemewahan ruangan. Beberapa art pieces diperagakan pada ruangan pejalan (macam The Garden, KL). Dan kami, demi menampakkan ketouristan siap posing ambil gambar depan beberapa art pieces (lepas ambil gambar dan posing-posing maut, baru perasan note pada setiap art piece: Do not touch. Cik buffy siap shake hand dengan patung itu!)

bersembunyi di sebalik kaki. Diana. Jaz. me(somewherediantarathumbitu). cik hot. cik buffy.

Tempat ini, sangat membuatkan kami kelihatan macam amah-amah indon jalan-jalan di KL. We were certainly very the very underdress!. Orang sini dress up macam nak hadiri party yang grand kat mana-mana. Dan.. perempuan! Cantiknya aduhai..(malas aku mahu komen lebih-lebih)

aha.. ni dia minah-minah dok nunggu bas.

Hard Rock Cafe Jakarta bersambungan dengan Plaza ini. dan ada open gig di Ground Floor (bukan di Hard Rock Cafe). lain kali, kalau anda berminat untuk menunjukkan kemerduan suara, bolehlah datang ke tempat ini dan buat live performance. (ya Tuhan! pemain gitar itu!)

ya. itu tu. yang ber hood

*menabrak = melanggar


Isnin, 3 Mei 2010

MASAKAN PADANG DI SEDERHANA

I am famished! Lapar ni! Mau makan. Dan aku bagi hint kepada tour guide. Dia bagi arahan kepada pak supir dan kami masuk satu jalan dan berusaha untuk park kereta pada tempat parking yang impossible! (tapi, dia berjaya)

sorry. aku tidak tahu di mana ni sekarang. info yang saya ingat adalah, jalan ini adjacent to chinatown's street. mmm..

Den Adjie bagitau, ada satu kedai makanan Padang yang bagus di hujung jalan. Sorry, aku tak larat berjalan sampai ke hujung jalan. Aku mau makan sekarang juga! Bateri memang low giler.. cik hot, yang memang tahu, aku jadi lembu gila kalau lapar, segera masuk kedai. (aku suspect, dia pun lapar mampos juga tu). kedai cantik, ada mirror di sepanjang dinding (trick untuk menampakkan kedai lebih luas.. ahh.. kan aku sudah bagitau, aku pencinta struktur bangunan). kami duduk di ruangan ber'air-cond'. almaklum, dari Malaysia

Seorang lelaki datang, bagi sorang satu mangkuk berisi air. Aku sentuh. Sejuk. Mmm… basuh tangan. Cik hot tunggang langgang cari sinki basuh tangan. Ada ditepi kedai, siap dengan sabun basuh tangan.

Datang lagi. Teh polos. Wangi dan suam. Nice.. nice.. cik-cik lainnya mula basuh tangan dan bersedia untuk makan. Kami, sesungguhnya segerombolan tourists yang kelaparan!

5 pinggan lauk datang. Tambah lagi 5, tambah lagi 5, lagi, lagi. (berapa banyak ni?).

before.

after.

*heee* pada gambar, model paling ayu, cik Diana. dia tidak kuat makan. yang lain, boleh tahan..

So, cik hot bagitau: kalau mau makan, sentuh lauk yang dimahukan sahaja. Kalau ada secuil pun disentuh, bayaran adalah untuk sepiring. And sorry ye, kedai makan ni takde menu atau senarai harga makanan. So, makan dengan iman, berharap meraka tidak akan charge lebih-lebih.

after the after.

Rabu, 28 April 2010

MONAS (2)

… (dari MONAS (1)

me. Buffy. JAZ. Diana. (cik Hot amik gambar)

MONAS (Monumen Nasional) ya.. banyak perkataan di Indonesia adalah akronim. As we go along, I’ll point this out.

Bangunan ini didirikan oleh presiden Sukarno demi memperingati perjuangan Indonesia mendapatkan kemerdekaannya. do check: here Mengikut tour guide kami, struktur bangunan melambangkan linga dan yoni (Hinduism symbols) beliau mengaitkan latarbelakang presiden Sukarno yang dekat dengan budaya hindu. (He failed to mention, ibu kepada Sukarno adalah orang Bali dan Sukarno sendiri adalah seorang engineer yang sangat berminat dengan struktur bangunan) so, you see, MONAS adalah sebuah bangunan yang sangat istimewa.

Setelah membaca serba sedikit mengenai Bung karno, aku gelak-gelak sendiri, no wonder he’s so obsessed with the linga and yoni, he’s a notorious womanizer!

Cik hot hanya berminat dengan pernyataan tour guide “ bahagian atas bersalut emas seberat 50 kg”

Kami beralih ke kolam air pancut untuk melihat tayangan laser. Adoyaiii… ramainya orang. Tour guide beritahu, temapt ini adalah tempat kebanyakan orang di Jakarta berhujung minggu. Menikmati udara dan berjalan bersama keluarga. Buktinya? Walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai, orang tetap berpusu-pusu bersesak melihat tayangan laser.

Komen saya? I won’t be bothered. Sound system hancus. Dan pancaran laser tak sekata. Kedudukan kami pada bahagian tepi tidak membantu mendapat gambaran jelas apa yang dipancarkan. Tapi, demi tidak menghampakan tour guide yang kelihatan sangat excited menunjukkan kepada kami tayangan laser tersebut, kami berusaha untuk kelihatan kagum. Tapi sebenarnya, pandangan saya pada orang-orang di sekitar. Budaya sesebuah negara jelas pada golongan masyarakat biasa. and I refuse to elaborate. Sepanjang tour ini, perasaan sayu dan bersyukur (sangat..sangat) dekat dengan hati.


Selasa, 27 April 2010

MONAS (1)

Sudah berkenal-kenalan dengan lelaki Sunda aka tour guide kami kan?. Kami, setelah mendapat kunci untuk apartment no.2 (connected with apartment no.1) terus beredar menuju MONAS (actually kami singgah ke satu mall yang ada tempat untuk ice skating). Sebelum bertolak tadi, aku, sempat basuh muka dan jelous mau mampus dengan si Buffy yang sempat berlimpang-limpang.

Kami tiba di MONAS lewat petang. Di tempat letak kereta ada gerai-gerai (pasar malam), tapi, menurut tour guide, gerai-gerai itu, siang pun ada. Dari parking lot ke dataran MONAS, lebih kurang 200 m. hujan renyai. Dannnnnnnn…”mbak-mbak, payung mbak”. Remaja lelaki sua payung kepadaku. Aku geleng. Rapat dengan Buffy yang siap berpayung. Datang lagi 3 remaja lelaki lain dengan payung. Aku dan si Buffy, berpeluk sudah. Hujan makin lebat. Cik hot, pakai raincoat 7-E yang Nampak macam plastic sampah (wakakkaka!). orang-orang kiri kanan lari-lari ke bawah pokok di tepi cobbled street.

Nasib baiklah, hujan tidak turun dengan lebat. Masih renyai. Matahari makin redup dan angin sepoi (lebih dari sepoi-sepoi sebenarnya)(kuat itu angin!). udara segar walaupun di tengah kota. Cobbled street . lampu jalan yang kekuning-kuningan. Kami berusaha kelihatan seperti tourist yang overeager. (waaaah! Ohhhh! Wooow!). to the smallest detail yang pasti terlepas pandang di tanahair sendiri

Kami tiba di hujung jalan, Just in time untuk melihat segerombolan orang mengemaskan barang dan peralatan khemah, sisa dari konsert malam tadi. Ahhh.. terlepas konsert!

Tour guide bagi penerangan mengenai MONAS. Aku cuba mendengar dengan teliti. Bukan pada faktanya tapi pada sebutan dan lenggok bahasa Indonesia yang indah (really, it’s soft and bernuansa-whatever that suppose to mean). Contohnya: sila klik (hahahha! Aku gila mendengar cerita gossip artis Indonesia)

MONAS (1) bersambung ke MONAS (2).

Isnin, 26 April 2010

LELAKI SUNDA (aka tour guide kitorang)


Selesai berurusan mengenai SIM card. Cik ‘hot’ call tour guide yang memang sudah menunggu kami di apartment. Kami bergegas-gegas balik untuk menguruskan 1 bilik lagi yang akan dihuni oleh kawan-kawan kami yang akan join tengah malam nanti dari Kota Kinabalu

Mata Garfield, tinggi dalam 155 cm, kulit sawo matang (later on, kami tahu dia berumur 29 tahun), status: sudah berkhawin. Mengikut tilikan nujum kami, tahap cemburu 60% (maksudnya: ego bertempat, kadangkala sukar mengawal emosi dan bercita-cita tinggi). Nujum tak sekolah kenujuman pun..

Den Adjie (baju bunga-bunga) dan Betty Asmara (pelakon sinetron ngetop di Indonesia)

memperkenalkan lelaki sunda yang menjadi tour guide kami :Den Adjie (Den=panggilan hormat, mungkin sama dengan : bang, di Malaysia)

Tahap recommendation: 6/10. seperti katanya sendiri: "apa-apa di Jakarta, bisa jadi uang". Dia orang Jakarta Timur. mungkin, kalau kami tidak pernah bertemu Jerry dan Gore (our beloved and witty tour guides in Manila), Adjie may stand a chance of 8/10. but, hey! kami enjoy banget tour di Indonesia. next time, kami jalan sendiri (hire a driver only)

Khamis, 22 April 2010

SIM CARD: MENTARI

Cik adik yang ‘hot’ di Indonesia hulur Rp 50,000 dengan arahan ringkas: cari SIM card. Dia melalau. Hilang. Aku dengan 2 cik adik lagi. JAZ (anak mak yang tak boleh tak call rumah) dan Diana (devoted gf yang tak boleh tak call encik bf). Aku? (bagi pihak cik ‘hot’ yang mesti call tour guide dan juga tuan punya Blessing Mansion)

Almaklum, masih baru di negeri orang. Pecahan wang pun belum begitu difahami. (my method: Rp1 juta=RM372, anjakkan titik perpuluhan sahaja. Eg: Rp100,000= RM37.2). setelah mengalami kejutan banyak wang beberapa hari lepas (berjuta-juta!! you know!). aku menjadi bingung dengan bilangan 0 pada note duit mereka. Dan, percayalah. Warna duit kurang membantu dalam situasi kebingungan ini.

Okey, kembali ke SIM card: beberapa jenama yang popular: ya. Ni senarai network provider di Indonesia

Jadi kami mengambil SIM Card Indosat: MENTARI. Pasal dia warna kuning (macam DIGI). Rp15,000 dengan kredit pulsa Rp10,000 (huh?!) aku bingung sekejap. Murahnya SIM card! (approx: RM5.00). Aku top up dengan Rp50,000. Baru berapa belas ringgit kan? (ceritanya, sehingga habis masa kunjungan kami di Indonesia pun, kredit telefon masih banyak. Padahal, banyak international call tu.) see tarif here. my celcom prepaid bertukar menjadi XL di Indonesia, automatic switching by the mother company, Axiata. Kena tunggu lebih kurang 12 jam untuk berfungsi. tapi, untuk senang, bertukarlah ke SIM card Indonesia. Jauh lebih murah.

gambar hiasan. begini banyak pilihan jenama rokok. begitu banyak pilihan jenama SIM card. hahaha!

Rabu, 21 April 2010

BLESSING MANSION (1)



Perasaan semasa memasuki kota Jakarta (selain dari perasaan ingin tahu yang amat sangat) adalah sama seperti perasaaan saya dengan mana-mana bandar besar. I am no city girl. And I hate skyscraper (walaupun aku declare diri sendiri pencinta struktur bangunan). And aku love banget dengan motorcyclist Jakarta. Pemberani. Cakap-cakap burung di udara: orang Jakarta itu, ada 7 nyawa. Go figure!

Ini apartment tempat kami crashing di Jakarta. Blessing Mansion apartment. Bukan yang di depan itu. Ya. Yang di belakang. (apa? Ko ingat, mau save budget, terus berani tidur di kontrakan?!). kemudahan yang ada di apartment ini termasuklah gym dan swimming pool (tak sempat nak guna pun). Di ground floor dan basement bangunan bersebelahan ada food outlets dan juga supermarket.

Kami mendapatkan kunci apartment dari Dar (budak suruhan en. William Santoso). Kemudian, tanpa segan silu, kami demand si Dar membawa kami membeli SIM card Indonesia. Dia dengan sabar dan senyum membawa kami ke bangunan bersebelahan yang ada food outlets dan supermarket itu. Cik Buffy cakap dia mau tidur. Jadi, aku, cik ‘hot’ di Indonesia, JAZ dan Diana menghangatkan diri keluar dari ruang ber air-cond mencari SIM card.

Selasa, 20 April 2010

OPEN HIGHWAY

Selepas melepasi sistem imegresen, kami melalui jalan yang ada hiasan ukiran (hampir serupa dengan motif ukiran Sarawak) again, sorry, no pic. arrival hall lapangan terbang antarabangsa Soekarno Hatta (CGK) berlantai tiles kemerah-merahan yang nampak seperti batu. saya suka tiles dia (kurang mengada-ada, unlike ours.. too posh). saya suka perkara yang tidak dibuat-buat. apa adanya.

Penantian luggage sekejap sahaja. AirAsia (QZ) syabas!. dan dengan excitednya kami keluar. (rasa-rasanya kami kelihatan seperti tolol berleher angsa. tengok sana. tengok sini) mata melilau mencari kertas bertulis nama cik adik yang 'hot' di Indonesia.

2 orang lelaki dari Blessing Mansion apartment menunggu kami di arrival gate. saya sangat suka! tidak perlu tunggu-tunggu macam orang bodoh.

kami adjust jam (1 jam lambat. eg: waktu KL 3.00 petang. waktu Jakarta 2.00 petang). we cheated time by 1 hour!

Perjalanan terus ke kota Jakarta dari airport. panas eh!. sistem jalanraya (highway yang agak menarik). ada 4 lanes, one way. 2 lanes pada jalan di bawah (yg sy syak akan banjir kalau air laut pasang). pak supir mengiyakan. 2 lanes lagi pada jalan yang di tinggikan (macam jambatan). sebelah-menyebelah highway ada penternakan ikan (i refuse to think of the hygiene). tapi, yang lebih menarik di sepanjang perjalanan adalah penanaman buluh di tepi jalan sebagai pagar 'hijau'. dan nama jalan. Ya Tuhan!. they sure, know how to name their highway and toll station. contohnya:

Jalan Tol Prof Dr Ir Sedyatmo

Isnin, 19 April 2010

WELCOME TO JAKARTA


Perkara pertama yang saya mahu lihat di Indonesia adalah, bagaimana kami akan melepasi sistem imigresen Republik itu. kerana berdasarkan cakap-cakap burung, pengeras perlu ada.. ahhh.. tidak ada langsung! Dia scan passport. Saya senyum. Dia senyum dengan ramah. and off me go.

Well, at least for me. it was a breeze. tapi, Ada lah si kawan ni, yang namanya terlampau glamour. Namanya tersenarai dalam penama paling dikehendaki oleh penguasa Republik. Masuk red line lah si kawan. tapi, sekejap saja. Bukan salah dia pun, nama hampir sama, apa mau buat?

hahahaha... sekarang aku tahu, aku ada kawan yang 'hot' di Indonesia!





Rabu, 14 April 2010

AWAK AWAK AIRASIA

ermmm... apa pendapat anda dengan kualiti make-up para anak kapal AirAsia? hebat kan? kalau mahu lihat yang lebih hebat, silakan mengikuti pesawat QZ. sorry, we didnt take picture. ter'intimidated' kannn... cantik gitu! (ada satu tu, siap pakai hair extension!). talk about giving the client more. AirAsia #1. Hurrrah!

dalam flight: dua orang sibuk melihat menu (tadi lambat sampai ke LCCT). lapar. dua orang lagi sibuk bergaduh pasal kerusi. yang ada DSLR mau seat tepi tingkap untuk ambil gambar. yang memang duduk di seat tepi tingkap dan baru beberapa bulan lepas sampai ke Jakarta, flatly refused. dasar buffy! aku sibuk cari katalog inflight. aku mau miniature perfume!(apahal plak takder ni?)

terus teringat kejadian beberapa bulan sebelumnya: flight Kuching to KL
me: excuse me, yang ini ada tak? (jari tunjuk gambar miniature EL)
awak: sorry miss, only available on international flight. (dengan muka dan gaya 'aw..aw') ooooh.. please..jadi, sekarang, aku dalam international flight yang katalog jualan pun tidak ada. oh. ok.

dalam flight: awak1 sibuk membetulkan rambutnya (the one with hair extension), awak2 sibuk dengan skirt dia, awak3, a he. (cute pula tau perangai dorang.. what with their english drawl.. sangat cute!)

awak-awak aside, AirAsia sememangnya memberikan peluang untuk melancong ke destinasi pelancongan pada kos mampu bagi kebanyakan orang. sila semak website AirAsia untuk harga-harga promosi mid-April break yang mengejutkan! we're using AirAsia again for our next trip in June

kalau anda bercadang untuk melancong ke negara-negara ASEAN, sila semak promosi MAS: ASEAN PASS. sangat menarik! Pass boleh dibeli awal, kemudian ditukar kepada tiket apabila kita bersedia untuk perjalanan. tempoh sahlaku adalah 6 bulan.

kembali ke flight QZ kami ke Jakarta, sebenarnya, bukan awak-awak itu yang paling menarik dalam penerbangan ini. tapi, lelaki ini.

Selasa, 13 April 2010

PETA PERJALANAN: SATU JADUAL

Bah. Saya mulakan cerita dengan satu jadual yang agak menarik. Sila lihat jadual di bawah:

TARIKH

PERNYATAAN

MASUK

KELUAR

21/03

BAKI BAYARAN KEPADA ADJIE DAN WILLIAM

540,000

PUNGUTAN IDR100,000 x 9

900,000

LUNCH RESTORANT KAMPOENG STRAWBERRY

331, 100

DINNER LA VIVA CAFÉ

194, 150

22/03

LUNCH AMPERA

183, 500

DINNER KARAMBA

389, 840

23/03

DINNER KAMPOENG DAUN

331,650

PUNGUTAN IDR100,000 x 9

900,000

24/03

LUNCH SUNAN AMBU CAFÉ, SARI ATER

336, 870

DINNER (kita makan pisang)

469, 500

25/03

BAKI DARI WILLIAM

150, 000

LUNCH RODA PADATI

236, 000

TOTAL

2490000

2472610

TIPS KEPADA PAK BUDI DAN BOYANG

17390

Perjalanan cerita akan mengikuti tempat-tempat yang ada pada jadual ini. Ahhhh.. jangan risau, cerita berkaitan makanan akan cuba dikurangkan. Saya tahu, masalah kita hampir serupa. Kita jenis yang memberikan definisi bersenang-lenang sebagai makanan yang bagus disantap bersama teman-teman rapat kan?. Jadi, semakin kurang bicara tentang makanan, sepatutnya semakin kurang kita berfikir mengenainya kan?. Ahhhhh.. salah lagi. We rarely use our head when it comes to food. Who cares?

Ya. Ini cerita pendek yang sengaja diperpanjangkan. 20-25 Mac 2010. JAKARTA – BANDUNG, INDONESIA.

Bacalah, kalau ada masa. Kalau mahu tahu serba sedikit mengenai Jakarta dan Bandung (actually, you better google it up). Kalau mau tau apa jadi sama kami semua dalam perjalanan ini. so, all information (unless said otherwise) are purely my own opinion or even imagination. Please, don’t take any of it as fact. Do check information conveyed here with a more reliable source. Saya ni, tidak ambil subjek geografi atau pengajian am dalam mana-mana peperiksaan. Bah. Saya sudah bagi warning kan?