Rabu, 2 April 2014

Kejutan, Gubeng-Probolinggo

Train bisnes Mutiara bergerak tepat 9.00 am menuju Probolinggo (stesen terakhir adalah Banyuwangi, dimana kita boleh mendapatkan feri ke Bali)

Beberapa minit dalam train, pekerja memberikan bantal nipis berwarna hijau. Inspektor memeriksa tiket dan kami sibuk bercerita pengalaman masing-masing over the weekend.

Juvi pertama kali travel solo (congrats!). 2 hari di Jogja, melawat Borobudur dan Prambanan.

and we're super excited for our next advanture!

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Sebelum tiba di Probolinggo, pekerja yang memberikan kami bantal tadi, kembali untuk mengambil bantal dan menyerahkan resit sewaan (Rp3000?) berapa tu Juvi?

Sungguh mengejutkan.

#mentalitisubsidi

Selasa, 1 April 2014

Gubeng di waktu pagi

03/03
Stasiun Gubeng, Surabaya

Sebaik tiba di muka pintu arrival, peraih teksi, angkot dsb. mula sibuk menawarkan perkhidmatan. saya rasa, dalam banyak-banyak perkara yang menyebalkan saya dalam perjalanan, inilah.

Saya cari toilet. Keluar dari arrival ke arah kanan, hujung stesen, ada Rotiboy dan tempat minum. Ke kiri paling hujung ada toilet (WC: sebut - way say) yang diselenggara dengan sangat baik dan bersih, tanpa flusher (perlu cedok air dan jirus). Bukti bahawa, tandas tidak perlu terlalu canggih untuk  beroperasi sempurna. Malaysians, take notes!

Setelah menukar baju dan memakai kasut yang lebih selesa, saya keluar mencari Juvi. Ke kaunter (Loket) untuk membeli tiket. Malangnya perlu ada passport untuk beli tiket, jadi i cannot buy for Juvi.

Gubeng- Probolinggo. Train Bisnes Mutiara. Berlepas 9am. Rp55 000.

6.30am
Nampak juvi keluar dari arrival. Syukurlah, stesen tidak luas. Beli tiket dan kami ada 2 jam to killl in Gubeng. Decided to venture outside of the station to get breakfast.

Stesen Gubeng tidak ada tempat penitipan barang. Oleh itu, saya dan Juvi berjalan - jalan dengan bersemangatnya bersama backpack kami. Lucky me! Jane bawa banyak barang saya di Jakarta. So,i'm with merely less than 7 kg backpack. 

Melintas jalan yang sesak ke back alley rumah-rumah orang. Kami tanya orang di mana ada jual soto, and got directed to an awful testing soto place. (soto + teh manis = Rp24 000 per 2 pax), which sound reasonable until i overheard my neighbour paid only 6 000 pax for the same order. 

Iya, kena double charge.

Kembali semula ke Gubeng. (pemandangan di back alley sangat menggamit memori-seperti berjalan-jalan di gang 2 Jogja- sangat pleasant). Sampai semula di stesen hampir pukul 8am. Saya perlu charge handphone. yes! di ruang tunggu ada charge box.

Aaaaaannnnnnnddddd.... ada live music performance. seriously? its not even 8am!
  
leader adalah lelaki berbaju merah.   


Sebelum pukul 9am,kami sudah di dalam keretapi menuju Probolinggo. Tujuan akhir kami hari ini adalah Cemoro Lawong untuk ke Mt. Bromo.