Almaklum, masih baru di negeri orang. Pecahan wang pun belum begitu difahami. (my method: Rp1 juta=RM372, anjakkan titik perpuluhan sahaja. Eg: Rp100,000= RM37.2). setelah mengalami kejutan banyak wang beberapa hari lepas (berjuta-juta!! you know!). aku menjadi bingung dengan bilangan 0 pada note duit mereka. Dan, percayalah. Warna duit kurang membantu dalam situasi kebingungan ini.
Okey, kembali ke SIM card: beberapa jenama yang popular: ya. Ni senarai network provider di Indonesia
Jadi kami mengambil SIM Card Indosat: MENTARI. Pasal dia warna kuning (macam DIGI). Rp15,000 dengan kredit pulsa Rp10,000 (huh?!) aku bingung sekejap. Murahnya SIM card! (approx: RM5.00). Aku top up dengan Rp50,000. Baru berapa belas ringgit kan? (ceritanya, sehingga habis masa kunjungan kami di Indonesia pun, kredit telefon masih banyak. Padahal, banyak international call tu.) see tarif here. my celcom prepaid bertukar menjadi XL di Indonesia, automatic switching by the mother company, Axiata. Kena tunggu lebih kurang 12 jam untuk berfungsi. tapi, untuk senang, bertukarlah ke SIM card Indonesia. Jauh lebih murah.
gambar hiasan. begini banyak pilihan jenama rokok. begitu banyak pilihan jenama SIM card. hahaha!
