Selasa, 11 Mei 2010

ORANG KK

kami balik ke apartment sebelum tengah malam, sebab orang-orang KK dijangkakan akan sampai pada tengah malam.

Ketibaan orang-orang KK sangat dinanti-nantikan, dan aku secara personal menunggu dengan semangatnya kerana dua sebab di bawah:

1. Piet! (berapa tahun sudah tidak nampak dia?)

2. Towel! Aku mahu mandi, tapi, tidak ada tuala mandi. (den Freddie dengan angkuhnya berkata kepada cik hot melalui telefon “ kan kau tau, itu apartment, manada dia bagi towel!”. Cik hot meekly replied “ oh.. yak ah? Bah, suruhlah geng-geng KK bawa towel banyak-banyak”)

Jadi aku dengan sabar menunggu adik terchenta membawa towel . (kami tidak mau beli towel, nanti barang-barang lain {almaklum, kami ini shoppers sejati} mau simpan mana?). hal bagasi orang-orang KK, biar mereka uruskan sendiri. Tidak berkaitan dengan kami yang dari KL. Hahhaha!

JAZ, Diana, Buffy start bermandi-manda. Aku jealous k… aku jealous..

Orang KK tiba pada lewat malam. Piet’s here! (berapa tahun sudah tidak nampak dia?)(berapa kali daaa nak tanya?). kumpulan 30-an di apartment no.2, kumpulan bawah 30 apartment no.1. aku, walaupun sudah menginjak hampir 30, terpilih untuk tidur bersama adinda. So, aku masuk apartment no.1. 4 orang dalam apartment no.2 dan 5 orang apartment no.1. satu apartment ada 2 bilik tidur. cik buffy tidur di ruang tamu. (pening?). ok.

model penidur sejati

jadi, lengkaplah sudah kumpulan kami, 5 dari KL, 4 dari KK. bah.. mau tunggu pagi esok. Bandung!

Isnin, 10 Mei 2010

Plaza Indonesia


Selepas makan, kami jadi bersemangat kembali untuk berjalan-jalan. Lebih kurang 7.30 masa Jakarta. Kami beredar dengan satu incident hampir melayangkan nyawa seorang lelaki tua. van kami cuba keluar dari tempat parking yang hampir impossible itu dan hampir menabrak* seorang lelaki tua yang menyorong pondok kayu (macam pedati). kami-kami pucat-pucat sudah.

kami menuju Plaza Indonesia

Kami disambut oleh penjaga pintu yang memeriksa beg dan memasuki ruangan terang-benderang dengan lampu yang menampakkan kemewahan ruangan. Beberapa art pieces diperagakan pada ruangan pejalan (macam The Garden, KL). Dan kami, demi menampakkan ketouristan siap posing ambil gambar depan beberapa art pieces (lepas ambil gambar dan posing-posing maut, baru perasan note pada setiap art piece: Do not touch. Cik buffy siap shake hand dengan patung itu!)

bersembunyi di sebalik kaki. Diana. Jaz. me(somewherediantarathumbitu). cik hot. cik buffy.

Tempat ini, sangat membuatkan kami kelihatan macam amah-amah indon jalan-jalan di KL. We were certainly very the very underdress!. Orang sini dress up macam nak hadiri party yang grand kat mana-mana. Dan.. perempuan! Cantiknya aduhai..(malas aku mahu komen lebih-lebih)

aha.. ni dia minah-minah dok nunggu bas.

Hard Rock Cafe Jakarta bersambungan dengan Plaza ini. dan ada open gig di Ground Floor (bukan di Hard Rock Cafe). lain kali, kalau anda berminat untuk menunjukkan kemerduan suara, bolehlah datang ke tempat ini dan buat live performance. (ya Tuhan! pemain gitar itu!)

ya. itu tu. yang ber hood

*menabrak = melanggar


Isnin, 3 Mei 2010

MASAKAN PADANG DI SEDERHANA

I am famished! Lapar ni! Mau makan. Dan aku bagi hint kepada tour guide. Dia bagi arahan kepada pak supir dan kami masuk satu jalan dan berusaha untuk park kereta pada tempat parking yang impossible! (tapi, dia berjaya)

sorry. aku tidak tahu di mana ni sekarang. info yang saya ingat adalah, jalan ini adjacent to chinatown's street. mmm..

Den Adjie bagitau, ada satu kedai makanan Padang yang bagus di hujung jalan. Sorry, aku tak larat berjalan sampai ke hujung jalan. Aku mau makan sekarang juga! Bateri memang low giler.. cik hot, yang memang tahu, aku jadi lembu gila kalau lapar, segera masuk kedai. (aku suspect, dia pun lapar mampos juga tu). kedai cantik, ada mirror di sepanjang dinding (trick untuk menampakkan kedai lebih luas.. ahh.. kan aku sudah bagitau, aku pencinta struktur bangunan). kami duduk di ruangan ber'air-cond'. almaklum, dari Malaysia

Seorang lelaki datang, bagi sorang satu mangkuk berisi air. Aku sentuh. Sejuk. Mmm… basuh tangan. Cik hot tunggang langgang cari sinki basuh tangan. Ada ditepi kedai, siap dengan sabun basuh tangan.

Datang lagi. Teh polos. Wangi dan suam. Nice.. nice.. cik-cik lainnya mula basuh tangan dan bersedia untuk makan. Kami, sesungguhnya segerombolan tourists yang kelaparan!

5 pinggan lauk datang. Tambah lagi 5, tambah lagi 5, lagi, lagi. (berapa banyak ni?).

before.

after.

*heee* pada gambar, model paling ayu, cik Diana. dia tidak kuat makan. yang lain, boleh tahan..

So, cik hot bagitau: kalau mau makan, sentuh lauk yang dimahukan sahaja. Kalau ada secuil pun disentuh, bayaran adalah untuk sepiring. And sorry ye, kedai makan ni takde menu atau senarai harga makanan. So, makan dengan iman, berharap meraka tidak akan charge lebih-lebih.

after the after.