Selasa, 20 April 2010

OPEN HIGHWAY

Selepas melepasi sistem imegresen, kami melalui jalan yang ada hiasan ukiran (hampir serupa dengan motif ukiran Sarawak) again, sorry, no pic. arrival hall lapangan terbang antarabangsa Soekarno Hatta (CGK) berlantai tiles kemerah-merahan yang nampak seperti batu. saya suka tiles dia (kurang mengada-ada, unlike ours.. too posh). saya suka perkara yang tidak dibuat-buat. apa adanya.

Penantian luggage sekejap sahaja. AirAsia (QZ) syabas!. dan dengan excitednya kami keluar. (rasa-rasanya kami kelihatan seperti tolol berleher angsa. tengok sana. tengok sini) mata melilau mencari kertas bertulis nama cik adik yang 'hot' di Indonesia.

2 orang lelaki dari Blessing Mansion apartment menunggu kami di arrival gate. saya sangat suka! tidak perlu tunggu-tunggu macam orang bodoh.

kami adjust jam (1 jam lambat. eg: waktu KL 3.00 petang. waktu Jakarta 2.00 petang). we cheated time by 1 hour!

Perjalanan terus ke kota Jakarta dari airport. panas eh!. sistem jalanraya (highway yang agak menarik). ada 4 lanes, one way. 2 lanes pada jalan di bawah (yg sy syak akan banjir kalau air laut pasang). pak supir mengiyakan. 2 lanes lagi pada jalan yang di tinggikan (macam jambatan). sebelah-menyebelah highway ada penternakan ikan (i refuse to think of the hygiene). tapi, yang lebih menarik di sepanjang perjalanan adalah penanaman buluh di tepi jalan sebagai pagar 'hijau'. dan nama jalan. Ya Tuhan!. they sure, know how to name their highway and toll station. contohnya:

Jalan Tol Prof Dr Ir Sedyatmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan