Memaparkan catatan dengan label Jakarta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jakarta. Papar semua catatan

Isnin, 10 Mei 2010

Plaza Indonesia


Selepas makan, kami jadi bersemangat kembali untuk berjalan-jalan. Lebih kurang 7.30 masa Jakarta. Kami beredar dengan satu incident hampir melayangkan nyawa seorang lelaki tua. van kami cuba keluar dari tempat parking yang hampir impossible itu dan hampir menabrak* seorang lelaki tua yang menyorong pondok kayu (macam pedati). kami-kami pucat-pucat sudah.

kami menuju Plaza Indonesia

Kami disambut oleh penjaga pintu yang memeriksa beg dan memasuki ruangan terang-benderang dengan lampu yang menampakkan kemewahan ruangan. Beberapa art pieces diperagakan pada ruangan pejalan (macam The Garden, KL). Dan kami, demi menampakkan ketouristan siap posing ambil gambar depan beberapa art pieces (lepas ambil gambar dan posing-posing maut, baru perasan note pada setiap art piece: Do not touch. Cik buffy siap shake hand dengan patung itu!)

bersembunyi di sebalik kaki. Diana. Jaz. me(somewherediantarathumbitu). cik hot. cik buffy.

Tempat ini, sangat membuatkan kami kelihatan macam amah-amah indon jalan-jalan di KL. We were certainly very the very underdress!. Orang sini dress up macam nak hadiri party yang grand kat mana-mana. Dan.. perempuan! Cantiknya aduhai..(malas aku mahu komen lebih-lebih)

aha.. ni dia minah-minah dok nunggu bas.

Hard Rock Cafe Jakarta bersambungan dengan Plaza ini. dan ada open gig di Ground Floor (bukan di Hard Rock Cafe). lain kali, kalau anda berminat untuk menunjukkan kemerduan suara, bolehlah datang ke tempat ini dan buat live performance. (ya Tuhan! pemain gitar itu!)

ya. itu tu. yang ber hood

*menabrak = melanggar


Isnin, 3 Mei 2010

MASAKAN PADANG DI SEDERHANA

I am famished! Lapar ni! Mau makan. Dan aku bagi hint kepada tour guide. Dia bagi arahan kepada pak supir dan kami masuk satu jalan dan berusaha untuk park kereta pada tempat parking yang impossible! (tapi, dia berjaya)

sorry. aku tidak tahu di mana ni sekarang. info yang saya ingat adalah, jalan ini adjacent to chinatown's street. mmm..

Den Adjie bagitau, ada satu kedai makanan Padang yang bagus di hujung jalan. Sorry, aku tak larat berjalan sampai ke hujung jalan. Aku mau makan sekarang juga! Bateri memang low giler.. cik hot, yang memang tahu, aku jadi lembu gila kalau lapar, segera masuk kedai. (aku suspect, dia pun lapar mampos juga tu). kedai cantik, ada mirror di sepanjang dinding (trick untuk menampakkan kedai lebih luas.. ahh.. kan aku sudah bagitau, aku pencinta struktur bangunan). kami duduk di ruangan ber'air-cond'. almaklum, dari Malaysia

Seorang lelaki datang, bagi sorang satu mangkuk berisi air. Aku sentuh. Sejuk. Mmm… basuh tangan. Cik hot tunggang langgang cari sinki basuh tangan. Ada ditepi kedai, siap dengan sabun basuh tangan.

Datang lagi. Teh polos. Wangi dan suam. Nice.. nice.. cik-cik lainnya mula basuh tangan dan bersedia untuk makan. Kami, sesungguhnya segerombolan tourists yang kelaparan!

5 pinggan lauk datang. Tambah lagi 5, tambah lagi 5, lagi, lagi. (berapa banyak ni?).

before.

after.

*heee* pada gambar, model paling ayu, cik Diana. dia tidak kuat makan. yang lain, boleh tahan..

So, cik hot bagitau: kalau mau makan, sentuh lauk yang dimahukan sahaja. Kalau ada secuil pun disentuh, bayaran adalah untuk sepiring. And sorry ye, kedai makan ni takde menu atau senarai harga makanan. So, makan dengan iman, berharap meraka tidak akan charge lebih-lebih.

after the after.

Rabu, 28 April 2010

MONAS (2)

… (dari MONAS (1)

me. Buffy. JAZ. Diana. (cik Hot amik gambar)

MONAS (Monumen Nasional) ya.. banyak perkataan di Indonesia adalah akronim. As we go along, I’ll point this out.

Bangunan ini didirikan oleh presiden Sukarno demi memperingati perjuangan Indonesia mendapatkan kemerdekaannya. do check: here Mengikut tour guide kami, struktur bangunan melambangkan linga dan yoni (Hinduism symbols) beliau mengaitkan latarbelakang presiden Sukarno yang dekat dengan budaya hindu. (He failed to mention, ibu kepada Sukarno adalah orang Bali dan Sukarno sendiri adalah seorang engineer yang sangat berminat dengan struktur bangunan) so, you see, MONAS adalah sebuah bangunan yang sangat istimewa.

Setelah membaca serba sedikit mengenai Bung karno, aku gelak-gelak sendiri, no wonder he’s so obsessed with the linga and yoni, he’s a notorious womanizer!

Cik hot hanya berminat dengan pernyataan tour guide “ bahagian atas bersalut emas seberat 50 kg”

Kami beralih ke kolam air pancut untuk melihat tayangan laser. Adoyaiii… ramainya orang. Tour guide beritahu, temapt ini adalah tempat kebanyakan orang di Jakarta berhujung minggu. Menikmati udara dan berjalan bersama keluarga. Buktinya? Walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai, orang tetap berpusu-pusu bersesak melihat tayangan laser.

Komen saya? I won’t be bothered. Sound system hancus. Dan pancaran laser tak sekata. Kedudukan kami pada bahagian tepi tidak membantu mendapat gambaran jelas apa yang dipancarkan. Tapi, demi tidak menghampakan tour guide yang kelihatan sangat excited menunjukkan kepada kami tayangan laser tersebut, kami berusaha untuk kelihatan kagum. Tapi sebenarnya, pandangan saya pada orang-orang di sekitar. Budaya sesebuah negara jelas pada golongan masyarakat biasa. and I refuse to elaborate. Sepanjang tour ini, perasaan sayu dan bersyukur (sangat..sangat) dekat dengan hati.


Isnin, 26 April 2010

LELAKI SUNDA (aka tour guide kitorang)


Selesai berurusan mengenai SIM card. Cik ‘hot’ call tour guide yang memang sudah menunggu kami di apartment. Kami bergegas-gegas balik untuk menguruskan 1 bilik lagi yang akan dihuni oleh kawan-kawan kami yang akan join tengah malam nanti dari Kota Kinabalu

Mata Garfield, tinggi dalam 155 cm, kulit sawo matang (later on, kami tahu dia berumur 29 tahun), status: sudah berkhawin. Mengikut tilikan nujum kami, tahap cemburu 60% (maksudnya: ego bertempat, kadangkala sukar mengawal emosi dan bercita-cita tinggi). Nujum tak sekolah kenujuman pun..

Den Adjie (baju bunga-bunga) dan Betty Asmara (pelakon sinetron ngetop di Indonesia)

memperkenalkan lelaki sunda yang menjadi tour guide kami :Den Adjie (Den=panggilan hormat, mungkin sama dengan : bang, di Malaysia)

Tahap recommendation: 6/10. seperti katanya sendiri: "apa-apa di Jakarta, bisa jadi uang". Dia orang Jakarta Timur. mungkin, kalau kami tidak pernah bertemu Jerry dan Gore (our beloved and witty tour guides in Manila), Adjie may stand a chance of 8/10. but, hey! kami enjoy banget tour di Indonesia. next time, kami jalan sendiri (hire a driver only)

Isnin, 19 April 2010

WELCOME TO JAKARTA


Perkara pertama yang saya mahu lihat di Indonesia adalah, bagaimana kami akan melepasi sistem imigresen Republik itu. kerana berdasarkan cakap-cakap burung, pengeras perlu ada.. ahhh.. tidak ada langsung! Dia scan passport. Saya senyum. Dia senyum dengan ramah. and off me go.

Well, at least for me. it was a breeze. tapi, Ada lah si kawan ni, yang namanya terlampau glamour. Namanya tersenarai dalam penama paling dikehendaki oleh penguasa Republik. Masuk red line lah si kawan. tapi, sekejap saja. Bukan salah dia pun, nama hampir sama, apa mau buat?

hahahaha... sekarang aku tahu, aku ada kawan yang 'hot' di Indonesia!