Memaparkan catatan dengan label Blessing Mansion Jakarta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blessing Mansion Jakarta. Papar semua catatan

Selasa, 11 Mei 2010

ORANG KK

kami balik ke apartment sebelum tengah malam, sebab orang-orang KK dijangkakan akan sampai pada tengah malam.

Ketibaan orang-orang KK sangat dinanti-nantikan, dan aku secara personal menunggu dengan semangatnya kerana dua sebab di bawah:

1. Piet! (berapa tahun sudah tidak nampak dia?)

2. Towel! Aku mahu mandi, tapi, tidak ada tuala mandi. (den Freddie dengan angkuhnya berkata kepada cik hot melalui telefon “ kan kau tau, itu apartment, manada dia bagi towel!”. Cik hot meekly replied “ oh.. yak ah? Bah, suruhlah geng-geng KK bawa towel banyak-banyak”)

Jadi aku dengan sabar menunggu adik terchenta membawa towel . (kami tidak mau beli towel, nanti barang-barang lain {almaklum, kami ini shoppers sejati} mau simpan mana?). hal bagasi orang-orang KK, biar mereka uruskan sendiri. Tidak berkaitan dengan kami yang dari KL. Hahhaha!

JAZ, Diana, Buffy start bermandi-manda. Aku jealous k… aku jealous..

Orang KK tiba pada lewat malam. Piet’s here! (berapa tahun sudah tidak nampak dia?)(berapa kali daaa nak tanya?). kumpulan 30-an di apartment no.2, kumpulan bawah 30 apartment no.1. aku, walaupun sudah menginjak hampir 30, terpilih untuk tidur bersama adinda. So, aku masuk apartment no.1. 4 orang dalam apartment no.2 dan 5 orang apartment no.1. satu apartment ada 2 bilik tidur. cik buffy tidur di ruang tamu. (pening?). ok.

model penidur sejati

jadi, lengkaplah sudah kumpulan kami, 5 dari KL, 4 dari KK. bah.. mau tunggu pagi esok. Bandung!

Rabu, 21 April 2010

BLESSING MANSION (1)



Perasaan semasa memasuki kota Jakarta (selain dari perasaan ingin tahu yang amat sangat) adalah sama seperti perasaaan saya dengan mana-mana bandar besar. I am no city girl. And I hate skyscraper (walaupun aku declare diri sendiri pencinta struktur bangunan). And aku love banget dengan motorcyclist Jakarta. Pemberani. Cakap-cakap burung di udara: orang Jakarta itu, ada 7 nyawa. Go figure!

Ini apartment tempat kami crashing di Jakarta. Blessing Mansion apartment. Bukan yang di depan itu. Ya. Yang di belakang. (apa? Ko ingat, mau save budget, terus berani tidur di kontrakan?!). kemudahan yang ada di apartment ini termasuklah gym dan swimming pool (tak sempat nak guna pun). Di ground floor dan basement bangunan bersebelahan ada food outlets dan juga supermarket.

Kami mendapatkan kunci apartment dari Dar (budak suruhan en. William Santoso). Kemudian, tanpa segan silu, kami demand si Dar membawa kami membeli SIM card Indonesia. Dia dengan sabar dan senyum membawa kami ke bangunan bersebelahan yang ada food outlets dan supermarket itu. Cik Buffy cakap dia mau tidur. Jadi, aku, cik ‘hot’ di Indonesia, JAZ dan Diana menghangatkan diri keluar dari ruang ber air-cond mencari SIM card.

Selasa, 20 April 2010

OPEN HIGHWAY

Selepas melepasi sistem imegresen, kami melalui jalan yang ada hiasan ukiran (hampir serupa dengan motif ukiran Sarawak) again, sorry, no pic. arrival hall lapangan terbang antarabangsa Soekarno Hatta (CGK) berlantai tiles kemerah-merahan yang nampak seperti batu. saya suka tiles dia (kurang mengada-ada, unlike ours.. too posh). saya suka perkara yang tidak dibuat-buat. apa adanya.

Penantian luggage sekejap sahaja. AirAsia (QZ) syabas!. dan dengan excitednya kami keluar. (rasa-rasanya kami kelihatan seperti tolol berleher angsa. tengok sana. tengok sini) mata melilau mencari kertas bertulis nama cik adik yang 'hot' di Indonesia.

2 orang lelaki dari Blessing Mansion apartment menunggu kami di arrival gate. saya sangat suka! tidak perlu tunggu-tunggu macam orang bodoh.

kami adjust jam (1 jam lambat. eg: waktu KL 3.00 petang. waktu Jakarta 2.00 petang). we cheated time by 1 hour!

Perjalanan terus ke kota Jakarta dari airport. panas eh!. sistem jalanraya (highway yang agak menarik). ada 4 lanes, one way. 2 lanes pada jalan di bawah (yg sy syak akan banjir kalau air laut pasang). pak supir mengiyakan. 2 lanes lagi pada jalan yang di tinggikan (macam jambatan). sebelah-menyebelah highway ada penternakan ikan (i refuse to think of the hygiene). tapi, yang lebih menarik di sepanjang perjalanan adalah penanaman buluh di tepi jalan sebagai pagar 'hijau'. dan nama jalan. Ya Tuhan!. they sure, know how to name their highway and toll station. contohnya:

Jalan Tol Prof Dr Ir Sedyatmo