Isnin, 31 Mac 2014

perjalanan malam BIMA

02/03
stasiun Gambir, Jakarta.

Setelah pengumuman keretapi ke Surabaya akan tiba lewat disebabkan masalah teknikal, ramai penumpang yang turun lagi ke lantai satu membeli makanan, jajan dsb.

Saya ada cheesebread (dari Bread Talk), cheese sticks dari Carrefour dan sebotol air mineral 1.5 L. Jadi saya berdiri dekat dengan landasan melihat gelagat manusia.

Selalunya, dalam keadaan ini, saya akan mencari seseorang untuk bercerita (and i' m quite good at small talk*). Tapi, bukan kali ini, memerhati dan monolog jauh lebih menarik dari bercerita dengan total stranger

Keretapi sampai dalam pukul 5.35pm di jalur 2. Bukan di jalur 1 sepertimana biasa. Saya bergegas ke jalur 2 selepas sedar ramai orang yang menantikan kereta BIMA bersama dengan saya bergerak ke arah itu (tidak ada pengumuman) bersaing dengan porters yang mengangkat barang-barang masuk ke gerabak.

Lebih kurang 5.45pm, keretapi bergerak.

Saya duduk dekat dengan tingkap (seperti yang saya minta semasa membuat tempahan). Di sebelah saya, seorang gadis cantik yang menjawb semua pertanyaan saya dengan 'nggak pasti tu mbak' (aaaahhh... so much for the assessment of "im quite good at small talk*")

Keretapi bergerak terhencot-hencot. Not the usual lulling rhythms. Ada interval yang kasar dan sangat tidak menyelesakan. Dalam otak saya: Crap! i'm going through this for the next 12 hours. not good.  hahaha!

6.00pm, inspektor tiket masuk dan memeriksa tiket. Dibelakangnya, 2 orang pekerja mengagihkan selimut. Selimut itu saya gunakan untuk menyokong bahagian belakang saya. It doesn't smell freshly laundered and its coarse fleece, which i dont fancy. saya ada pashmina yang berbau softlan lavender!

7.30pm
Gadis di sebelah saya sudah tidur. Dua lagi gadis di seberang aisle (kawan) juga tidur. Ruang agak sempit, jadi saya melangkah gadis tersebut dengan stiffled 'permisi'. Saya mahu ke kantin keretapi untuk makan malam. Kalau anda malas untuk bersusah-payah ke kantin, terdapat juga pekerja yang menjual makanan dari gerabak ke gerabak.

Harga makan malam saya adalah Rp35 000 untuk nasi goreng + telur mata + ayam goreng + jus guava + 3 slice of rotten tomato. No. i dont recommend the food. 

8.30 pm
kembali semula ke tempat duduk setelah menukar pakaian dan cuci muka + brushing di toilet.

Read a chapter of David and Goliath (too bored to concentrate on reading)

9.00 pm
Movie baru di TV yang ditetapkan pada mode mute. Nasib baik ada subs indo (Ben Affleck silly movie)

Pitiful sleep after the movie. 

Ada 2 stops dari Jakarta sebelum gadis di sebelah saya turun (around midnight) dan diganti dengan seorang gadis yang lebih muda dan sangat polite yang tujuannya ke Surabaya.

Lampu train tidak dimalapkan sepanjang perjalanan.

Tiba di Gubeng 6.10 am (Pronounce: Gu = Guru, Beng = Bengkak. NOT Beng = Bengkel). if you can make the 'beng' sound more nasal. ya, you got it!

Bateri handphone saya flat. tidak dapat charge di dalam keretapi.

ohooooooy!! saya di Surabaya! now, off to beli tiket ke Probolinggo dan cari travelmate saya:Juvi

Jumaat, 28 Mac 2014

Berkereta ke Surabaya

Hahaha! otak saya masih ligat berfikir mengenai kata-kata cacian menggunakan perkataan 'pukis'
boss sabahan: ko pigi makan pukis (plural puki) la!
indo: oke boss, pukisnya mau apa coklat, kismis, keju ato pisang?
boss sabahan: puki ayam ko la! budu!!
indo: oo itu, yang segitu tu gak ada boss. 

muahahahha..

Selepas bersiar-siar dan makan nasi padang sekali lagi di Mangga Dua Square untuk makanan tengahari dan membeli beberapa barang di Carrefour kami kembali ke hotel untuk mengambil beg. gfs akan stay di Jakarta semalam lagi sebelum kembali ke pejabat menghadap auditor. saya akan meneruskan cuti di Surabaya.

saya pernah menggunakan perkhidmatan keretapi Bandung ke Jakarta tahun lepas. Jadi kali ini, saya akan menaiki keretapi (berkereta) ke Surabaya. Jadual perjalanan adalah pada pukul 5 petang dan dijangka sampai pada pukul 5 pagi esoknya. perjalanan mengambil masa lebih kurang 12-13 jam. sedihnya, tidak ada sleeper train.

sebelum ke Gambir, semasa di hotel, saya watsapp Juvi, kawan yang sedang berada di Jogja mengenai perincian perjalanan. juvi adalah travelmate saya sehingga hari sabtu (08/03)

service provider telefon saya adalah CELCOM dan saya tidak mengaktifkan roaming service sebab bayaran harian di luar negara adalah lebih kurang RM48. jadi, saya memanfaatkan perkhidmatan wi-fi hotel. salah satu syarat utama dalam pemilihan hotel adalah wi-fi yang baik. so, pay attention, hoteliers. 

nice surprise bila saya tiba di Stasiun Gambir dan mendapati wi-fi di stesen ini sangat baik. Jarang ada wi-fi yang laju di kawasan awam seperti ini. 

lantai atas, bahagian selatan
Tapi, kau tahu apa yang lebih surprising di stesen ini? i mean, selain dari harga segelas Starbuck coffee yang hanya separuh dari harga biasa di Malaysia. Ada live performance di tempat menunggu (lantai satu selepas check in). check in time adalah sejam sebelum bertolak. Mereka memainkan lagu-lagu keroncong lama yang saya sangat tidak familiar, but sound real nice. and i think i had a crush with the man on violin.



Kereta ke Surabaya sepatutnya bertolak pada pukul 5 petang. Tetapi disebabkan masalah teknikal, train hanya bertolak 15 minit sebelum pukul 6pm. maksudnya, saya akan lambat tiba di Surabaya.

Harga tiket Gambir-Gubeng adalah Rp550 000.

kalau kau faham, kau faham laitu.

Macamana mau cakap 'if you get what i mean?'. Kalau kau Sabahan macam saya, mungkin bunyi dia macam tajuk post ni. 'kalau ko faham, ko faham laitu'.

PUKIS!!

SOTO AYAM KUDUS


Abbalove ministries

Ahad, 02/03.

check out dari hotel. Tinggalkan beg di stor hotel. Pihak hotel memberitahu, boleh juga meninggalkan beg untuk bebrapa hari. Contohnya ke Bandung, kemudian kembali semula ke Jakarta dan tinggal lagi di hotel ini. Penyimpanan barang tidak dikenakan sebarang caj.

Pagi minggu, mahu kemana?

Kami ke gereja. maksud saya, kami mengikuti pertemuan orang-orang kristian (just in case you're thinking of us visiting some old church on a sunday morning). Kami google up, saya bercadang untuk ke Gereja Sion, tidak jauh dari hotel. tapi, macam gereja tersebut tidak digunakan secara aktif. jadi kami memutuskan untuk ke Mangga Dua Square.

Terdapat dua kumpulan pertemuan orang kristian di dalam mall ini. Pertama di basement, satu lagi di lantai 2. Kami memutuskan ke lantai 2, sebab yang di basement dijalankan di tempat letak kereta (which sound a bit intimidating)

Abbalove Ministries
Lantai 2, Blok A
Mangga Dua Square.

Ibadah umum setiap minggu (Ahad) ada 5 sesi. Kami masuk pada ibadah sesi 2: pukul 9.30 pagi
kehadiran lebih 300 orang pada sesi yang kami ikuti.

Corak ibadah persis SIB Kajang. gf saya cakap, ini templat ibadah di Kajang. 

ya, all my inner circle friends attended the same uni and same church when we were in the uni. its easier to trust people with the same fundamental beliefs. and trust is a huge issue when it comes to being close to someone. dari segi yang lainnya, kami semua sangat berbeza. minat, kerjaya, habit, dsb.



Dalam ibadah ini, saya diingatkan tentang rubah yang menganggu pokok anggur. Jangan biarkan gangguan-gangguan kecil merosakkan pokok sukacita (i remember reading Aesop's feeble, about the fox and sour grapes when i was a kid- its a beautiful book prettily illustrated). The fox's grumpy face remains vivid in my mind.

travel tips #18: dont expect anything. accept thing as it is. if unacceptable, simply turn your back and head the other way.

10th Java Jazz Festival

ooooooooooooo!
jadi, ya, ini alasan utama saya di Jakarta kali ini. bergabung merayakan 10th Java Jazz Festival!

saya beli tiket online di sini. (yeah! and you can view amazing pictures of the festival on the link too). saya beli pada bulan disember untuk hadiah birthday. kempen persuading friends untuk turutserta bermula pada bulan januari. lucky me! 2 of them said yes. (tix for 1 day pass and limited T-Shirt was Rp 275 000 (inc tax))

oleh sebab kecuaian saya sendiri dengan memberikan alamat email yang salah semasa membuat pembelian online, saya tidak dapat print out tiket masuk dan voucher baju. lucky me! help desk dan crew Java Jazz 2014 sangat membantu. thank you very much guys! special mention to the lady who served me (i didnt get her name). she's very helpful and cheerfully assisting me (unlike the pic i took of her. sadly, i only have one pic of her)

Terima Kasih


missed Jamie's performance (friday night)
Java Jazz sangat awesome!
saya akan datang lagi tahun hadapan untuk keseluruhan event dan akan stay sampai lewat malam.

01/03 di java jazz, JIExpo kemayoran, kami sempat melihat konsert Marcell!!!, Dewa Budjana dan Tohpati di Dewan Semeru, Snarky Puppy (omigod! itu drummer!! keren!), Earth Wind and Fire (ooooo! groovy)

saya akan pastikan saya ikat rambut, pakai seluar pendek dan flat shoes yang paling selesa, tahun hadapan. kalau boleh, saya juga akan bawa muscle man untuk pave my way through lautan orang.

konsep konsert ini adalah, beberapa dewan dibuka pada masa yang sama dengan artist membuat performance, pengunjung boleh memilih untuk mengikuti konsert yang mana. free sitting, no obligation. boleh keluar masuk dewan sesuka hati, kecuali untuk special performance yang ada special tix dan tagnya sendiri. 

maksudnya, kita perlu beratur di luar dewan sejam sebelum performance dan muscle your way through untuk mendapatkan seat. penganjur dont mind you to sit on the floor if you wish to.

i wish, i wish, kalau convention centre di KK sudah dibuka, kita boleh anjurkan konsert international seperti ini juga. setting yang terbuka, santai, sangat inviting dan fun untuk meneroka sisi lain muzik yang mungkin kurang tertonjol pada massa.

di Malaysia, kita sangat perlu itu, pengertian yang lebih mendalam tentang kepelbagaian dan keterbukaan.

naik bajaj

Ini adalah kali keempat saya di Jakarta, tapi baru pertama kali naik bajaj.

Apakah itu bajaj? di Jakarta, ini adalah kenderaan yang dipandu oleh orang-orang pemberani. Berani menyusup dan mengasak di dalam macet. Berani melalui jalan-jalan sepi dan gang sempit untuk shortcut. Walaupun sebenarnya kenderaan ini hanyalah sebuah motorsikal yang diubahsuai dengan penambahan kerusi untuk penumpang.

dan anda sebagai penumpang, perlulah mengambil nafas yang panjang sebelum masuk ke dalam bajaj dan mempersiapkan hati. you are in for a wild ride. ;)

untuk yang pertama kali menaiki bajaj, berikut adalah saranan yang mungkin boleh membantu:
1. dari tepi jalan, sila lambai ke arah bajaj yang statik/bergerak
2. sila tanya driver bajaj mengenai tujuan perjalanan anda. tanya kos perjalanan.
3. nyatakan wang yang sanggup anda bayar. bertawarlah sehingga mencapai kesepakatan.
4. masuk ke dalam bajaj dan PENTING!! kunci pintu

ini adalah kami pada 01/03: ketawa gembira kerana bajaj rupanya boleh memuatkan 3 orang! (XL, XL, M going on L) juga untuk menghilangkan nervous sebab jalan sangat macet dengan genangan air melebihi paras buku lali di jalan dan pemandu bajaj kami, seperti Raju pelakon handalan Tamil yang berabisan pok staring mengasak kenderaan-kenderaan lain. hahaha!

Bajaj kedua kami, lebih sopan santun. mungkin lebih jiwang sebab sticker dia ada WARNING: CINTA itu BUTA tapi CINTA itu tau mana MOBIL mana SEPEDA

iya, selain pemberani, driver bajaj nampaknya, juga jiwang karat.

Nasi Padang Sederhana


Jangan tertipu dengan tajuk post ini. tidak ada yang sederhana dengan penyajian Nasi Padang.

khusus untuk yang pertama kali menyantap nasi padang, sila beri perhatian kepada peraturan-peraturan ini:
1. sila makan dengan tangan.
2. JANGAN!! minum air dalam bekas kecil (kadang-kadang ada hirisan limau). itu air basuh tangan.
3. nasi padang disajikan dengan pilihan lauk-pauk yang pelbagai. 
4. makan/sentuh lauk yang diinginkan sahaja. kita bayar untuk makanan yang disentuh sahaja    (walaupun tidak habis dimakan)
5. jika anda ada lauk favourite (contohnya: gf korea saya suka gulai urat) dan tidak termasuk dalam lauk-pauk yang dihidangkan, sila tanya penyaji makanan.
6. sila makan keropok selepas makan (hahahha... thats optional, but, its a good option)
 
lauk kegemaran saya adalah, daun singkong, tempeh goreng dan terong belado. ya, saya tau, kampungan kan? well.

ini adalah kami pada 01/03/2014, @2pm di restoran nasi padang sederhana, berhadapan dengan WTC Mangga Dua. 

setelah lebih setengah hari berkeliaran di pasar pagi, ITC dan kawasan sekitarnya mencari restoran nasi padang. lapar dan letih mencari, kami naik bajaj ke restoran ini dari pasar pagi.
Naik bajaj. itu pengalaman yang menggemaskan

travel tips#20: whenever in doubt, try to trust your guts feeling.

Jumaat, 14 Mac 2014

Selamat pagi Jakarta!

Tahukah anda bahawa matahari terbit sangat awal di Jakarta? pukul 5.30 pagi waktu tempatan, matahari sudah bersinar garang.

ini kami, pada pukul 6 pagi 01/03:



alamat tempat tinggal adalah di: 
Rumah Shinta, 
Jalan Mangga Dua Raya No. 41
Taman Sari 11110, Jakarta. 
(2 queen beds for Rp870,000 accommodating 4 persons for 2 nights stay)

saya buat booking di www.booking.com. website ini menarik sebab, boleh buat tempahan tanpa deposit (perlu furnish credit card), dan boleh cancel tempahan tanpa apa-apa penalti sekiranya dibuat sebelum tarikh yang dinyatakan. website juga akan hantar itinerary ke email untuk kita print dan tunjuk masa check in. 

rumah tumpangan ini sangat dekat dengan pasar pagi mangga dua. mudah untuk mendapatkan teksi/ public transport yang lain. staff juga sangat ramah dan sangat cepat memberikan respon kepada email yang saya hantar kepada mereka.

downside: 1. sarapan, 2. lif

Khamis, 13 Mac 2014

Jakarta 28/02

Apa yang perlu dilakukan apabila berseorangan menunggu orang? 

Selalunya, kalau berjalan-jalan saya akan bawa buku di dalam beg. sekurang-kurangnya dalam masa menantikan 'sesuatu', buku boleh diselak dan masa tidak begitu terasa bergerak. dan, ya, saya masih sangat old-fashion, masih bawa ke hulu ke hilir buku (kertas) yang gedebak itu. ;)

perjalanan ke Jakarta kali ini, saya terlupa membawa buku. jadi, di LCCT, saya membeli buku Gladwell yang baru 'David and Goliath'. RM53.70 RM57.90. ya, mahal kan? sedangkan di rumah, buku yang baru dibeli di Fireball sale masih ada 16 yang belum dibaca.

Anyway, saya sangat enjoy buku Gladwell yang ini. sangat membantu juga sebab flight kawan-kawan saya di KL agak lambat sampai.

and what do you do when you're waiting for friends at a foreign airport? of course ko buat begini kan?

the korean-looking gf is Jane.

tengah malam, malas bertawar dengan pemandu teksi yang  becok menawarkan teksinya pada harga Rp120k. kami beratur menunggu nombor BlueBird. penantian di BB booth juga satu pengalaman yang menyenangkan. bukti bahawa, if you can put just a little bit of humour in anything, it'll be more bearable or even can be fun.

travel tips: 
#23 pray for a competent taxi driver. 

Selamat sampai di hotel pada pukul 2 pagi. Kami bercadang untuk bangun pagi paling awal pukul 8 pagi.

Selasa, 11 Mac 2014

perbelanjaan berhemah

Setelah kiraan perbelanjaan dihitung tuntas, akhirnya saya berjaya melakukan perjalanan selama 8 hari/8 malam di indonesia dengan dana kurang RM2 ribu. ya! kiraan sebenar adalah RM1939.

ini termasuk flight tickets 1. Kuching - KL, 2. KL- Jakarta, 3. Surabaya - KL, 4. KL-Kuching, semua accommodations, transports, entrence fees, shopping (minimal), food, duit kepada pemuzik jalanan etc. sebenarnya, kiraan itu mungkin terlebih kerana saya menggunakan perkadaran RM300 = Rp1j. pada tukaran pertama saya, kadarnya cumalah RM285 = Rp1j. tapi untuk memudahkan pengiraan, saya mengambil RM300 = Rp1j

28/02 jakarta
01/03 jakarta - java jazz fest
02/03 jakarta to surabaya
03/03 suarabaya to probolinggo
04/03 probolinggo to bromo to ijen crater
05/03 ijen crater to surabaya
06/03 surabaya to batu
07/03 batu
08/03 batu to surabaya to KL
09/03 KL - Brooks half marathon. (ya i ran after i came down from the crater. not a good idea)

paling diingati :
1. performance Dewa Budjana dan Tohpati di Semeru Hall - Java Jazz 
2. matahari terbit di Kawah Ijen