Selasa, 10 Ogos 2010
perjalanan pagi
Perbualan di dalam bas
juvi: ui, bagus o tu aircond punya kipas (merujuk kepada compressor) kering semua.
merujuk kepada kesungguhan kami menjemur pakaian di balkoni apartment yang sesungguhnya berkesan untuk mengeringkan pakaian. compressor berangin panas. please comment cik adek?
Den Adjie mengagih- agihkan minuman soda berkarbonat. apa da jenama dia cik adek? macam sedap, tapi, memandangkan, saya kurang gemar minuman yang terlalu berwarna, niat minum dibatalkan. saya try minum air mineral. wah.. bermineralnya. payau.
ubat tolak angin. jenama ni sangat famous di Indo, billboard advert featuring Agnes Monica. apa da? macam takder artis lain lagi eh? Billboard semua muka dia, sampai dinding bas pun muka dia juga. Blackberry, tolak angin, kad bank..
i'll tell later about Dawn's attempt to menolak angin perut dia menggunakan tolak angin.
Den Adjie: selamat pagi, kita akan memulakan perjalanan dari Jakarta ke Bandung menggunakan Jalan tol.. bla..bla.. bla.. lalu, untuk breakfast, kita akan berhenti sebentar di bla..bla.. bla..
me: aku lapar fread
fread: kau tidak minum tadi?
me: mana sempat
fread: aku pun lapar juga ni... apa mau makan ni? mana dia cakap mau berenti makan tadi?
Piet: cantiknya pokok buluh mereka tanam buat pagar
me and fread : huh?
ok kedudukan kami dalam bas. di belakang supir, cik jen dan Dawn, belakang mereka, kosong, ke belakang lagi, ppong, belakang lagi, fread. sebelah kiri bas. dari depan, En. boyang (pembantu supir yang sangat super) duduk bersama Den Adjie, ke belakang, cik juvi dengan diana, ke belakang, me, ke belakang lagi piet. tempat duduk belakang yang panjang dan kosong, tempat beradu sekali sekala cik hot, dan juga tempat menumpukkan barang.
(hahahhaha.. belum sampai minum pagi pun kan?) slow and steady will get us there guys.
Jumaat, 6 Ogos 2010
Jakarta yang sejuk
pagi 23/03.
(jam mengikut jam handphone yang mengikut jam Malaysia)
sekitar 3.30 pagi
Ppong: sejuknya, kasi off air cond.
me: pigilah off sendiri
Ppong- dia tarik selimut dan melingkar.
cilaka!
me- sedar diri, me older. ok. aku bangun, cari remote air-cond. mana ni? adoyai.. suis aircond, 2 meter dari lantai. cari kerusi. takder. cari penyapu.nak jolok. takder. uih! sejuk ni! hanger? ok, try. takdapat. cilakak! cilakak!. keluar bilik. (i am wide awake already!). amik kerusi. ahhh.. baru boleh off.
sambung tidur. apahal tak boleh plak ni? nak berak? ok. me out lagi, to bathroom. pelan-pelan, macam kucing. cik buffy tidur. tak tutup TV. ok. switch off dulu. duduk dalam bathroom, senyum-senyum, aku berak di Indonesia! yay!
sambung tidur.
sekitar 6.00 pagi
suara sumbang: ui! bangun! bangun! cakap mau ambil gambar awal pagi.
me open my heavy eyes. God, give me a break...
thud! kaki dia hampir melantak badan me.
suara sumbang: pong, bangun pong, kau di Indonesia. kita tengok matahari timbul.
ppong: ai cik hot..
suara sumbang @ cik hot: kenapa best tempat korang? tidak telampau sejuk? tempat kami dahlah berlubang dinding tu. share aircond yang sejuk melampau.
ppong: mhmmm..(sleepy voice)
cik hot: ui, kenapa kau dua belum bangun lagi, dorang juvi sudah bersiap-siap tu. kita jalan awal. 7.30.
me: baru pukul 5 la cik hot. ko tengok jam Malaysia tu...
sekitar 7.15
kami siap sedia. Den Adjie tiba tidak lama kemudian.
sekitar 7.45
bertolak menggunakan bas (20 penumpang?). bertolak awal untuk mengelakan macet*. kami akan menggunakan highway baru, Jakarta-Bandung. Cipularang toll road. we used the Puncak route on the way back to Jakarta.
macet* = traffic jam.
Selasa, 11 Mei 2010
ORANG KK
Ketibaan orang-orang KK sangat dinanti-nantikan, dan aku secara personal menunggu dengan semangatnya kerana dua sebab di bawah:
1. Piet! (berapa tahun sudah tidak nampak dia?)
2. Towel! Aku mahu mandi, tapi, tidak ada tuala mandi. (den Freddie dengan angkuhnya berkata kepada cik hot melalui telefon “ kan kau tau, itu apartment, manada dia bagi towel!”. Cik hot meekly replied “ oh.. yak ah? Bah, suruhlah geng-geng KK bawa towel banyak-banyak”)
Jadi aku dengan sabar menunggu adik terchenta membawa towel . (kami tidak mau beli towel, nanti barang-barang lain {almaklum, kami ini shoppers sejati} mau simpan mana?). hal bagasi orang-orang KK, biar mereka uruskan sendiri. Tidak berkaitan dengan kami yang dari KL. Hahhaha!
JAZ, Diana, Buffy start bermandi-manda. Aku jealous k… aku jealous..
Orang KK tiba pada lewat malam. Piet’s here! (berapa tahun sudah tidak nampak dia?)(berapa kali daaa nak tanya?). kumpulan 30-an di apartment no.2, kumpulan bawah 30 apartment no.1. aku, walaupun sudah menginjak hampir 30, terpilih untuk tidur bersama adinda. So, aku masuk apartment no.1. 4 orang dalam apartment no.2 dan 5 orang apartment no.1. satu apartment ada 2 bilik tidur. cik buffy tidur di ruang tamu. (pening?). ok.
model penidur sejati
jadi, lengkaplah sudah kumpulan kami, 5 dari KL, 4 dari KK. bah.. mau tunggu pagi esok. Bandung!
Isnin, 10 Mei 2010
Plaza Indonesia
kami menuju Plaza Indonesia
Kami disambut oleh penjaga pintu yang memeriksa beg dan memasuki ruangan terang-benderang dengan lampu yang menampakkan kemewahan ruangan. Beberapa art pieces diperagakan pada ruangan pejalan (macam The Garden, KL). Dan kami, demi menampakkan ketouristan siap posing ambil gambar depan beberapa art pieces (lepas ambil gambar dan posing-posing maut, baru perasan note pada setiap art piece: Do not touch. Cik buffy siap shake hand dengan patung itu!)

bersembunyi di sebalik kaki. Diana. Jaz. me(somewherediantarathumbitu). cik hot. cik buffy.
Tempat ini, sangat membuatkan kami kelihatan macam amah-amah indon jalan-jalan di KL. We were certainly very the very underdress!. Orang sini dress up macam nak hadiri party yang grand kat mana-mana. Dan.. perempuan! Cantiknya aduhai..(malas aku mahu komen lebih-lebih)
aha.. ni dia minah-minah dok nunggu bas.
Hard Rock Cafe Jakarta bersambungan dengan Plaza ini. dan ada open gig di Ground Floor (bukan di Hard Rock Cafe). lain kali, kalau anda berminat untuk menunjukkan kemerduan suara, bolehlah datang ke tempat ini dan buat live performance. (ya Tuhan! pemain gitar itu!)

ya. itu tu. yang ber hood
*menabrak = melanggar
Isnin, 3 Mei 2010
MASAKAN PADANG DI SEDERHANA
sorry. aku tidak tahu di mana ni sekarang. info yang saya ingat adalah, jalan ini adjacent to chinatown's street. mmm..
Den Adjie bagitau, ada satu kedai makanan Padang yang bagus di hujung jalan. Sorry, aku tak larat berjalan sampai ke hujung jalan. Aku mau makan sekarang juga! Bateri memang low giler.. cik hot, yang memang tahu, aku jadi lembu gila kalau lapar, segera masuk kedai. (aku suspect, dia pun lapar mampos juga tu). kedai cantik, ada mirror di sepanjang dinding (trick untuk menampakkan kedai lebih luas.. ahh.. kan aku sudah bagitau, aku pencinta struktur bangunan). kami duduk di ruangan ber'air-cond'. almaklum, dari Malaysia
Seorang lelaki datang, bagi sorang satu mangkuk berisi air. Aku sentuh. Sejuk. Mmm… basuh tangan. Cik hot tunggang langgang cari sinki basuh tangan. Ada ditepi kedai, siap dengan sabun basuh tangan.
Datang lagi. Teh polos. Wangi dan suam. Nice.. nice.. cik-cik lainnya mula basuh tangan dan bersedia untuk makan. Kami, sesungguhnya segerombolan tourists yang kelaparan!
5 pinggan lauk datang. Tambah lagi 5, tambah lagi 5, lagi, lagi. (berapa banyak ni?).

before.

after.
*heee* pada gambar, model paling ayu, cik Diana. dia tidak kuat makan. yang lain, boleh tahan..
So, cik hot bagitau: kalau mau makan, sentuh lauk yang dimahukan sahaja. Kalau ada secuil pun disentuh, bayaran adalah untuk sepiring. And sorry ye, kedai makan ni takde menu atau senarai harga makanan. So, makan dengan iman, berharap meraka tidak akan charge lebih-lebih.

after the after.
Rabu, 28 April 2010
MONAS (2)

me. Buffy. JAZ. Diana. (cik Hot amik gambar)
MONAS (Monumen Nasional) ya.. banyak perkataan di Indonesia adalah akronim. As we go along, I’ll point this out.
Bangunan ini didirikan oleh presiden Sukarno demi memperingati perjuangan Indonesia mendapatkan kemerdekaannya. do check: here Mengikut tour guide kami, struktur bangunan melambangkan linga dan yoni (Hinduism symbols) beliau mengaitkan latarbelakang presiden Sukarno yang dekat dengan budaya hindu. (He failed to mention, ibu kepada Sukarno adalah orang Bali dan Sukarno sendiri adalah seorang engineer yang sangat berminat dengan struktur bangunan) so, you see, MONAS adalah sebuah bangunan yang sangat istimewa.
Setelah membaca serba sedikit mengenai Bung karno, aku gelak-gelak sendiri, no wonder he’s so obsessed with the linga and yoni, he’s a notorious womanizer!
Cik hot hanya berminat dengan pernyataan tour guide “ bahagian atas bersalut emas seberat 50 kg”
Kami beralih ke kolam air pancut untuk melihat tayangan laser. Adoyaiii… ramainya orang. Tour guide beritahu, temapt ini adalah tempat kebanyakan orang di Jakarta berhujung minggu. Menikmati udara dan berjalan bersama keluarga. Buktinya? Walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai, orang tetap berpusu-pusu bersesak melihat tayangan laser.
Komen saya? I won’t be bothered. Sound system hancus. Dan pancaran laser tak sekata. Kedudukan kami pada bahagian tepi tidak membantu mendapat gambaran jelas apa yang dipancarkan. Tapi, demi tidak menghampakan tour guide yang kelihatan sangat excited menunjukkan kepada kami tayangan laser tersebut, kami berusaha untuk kelihatan kagum. Tapi sebenarnya, pandangan saya pada orang-orang di sekitar. Budaya sesebuah negara jelas pada golongan masyarakat biasa. and I refuse to elaborate. Sepanjang tour ini, perasaan sayu dan bersyukur (sangat..sangat) dekat dengan hati.
Selasa, 27 April 2010
MONAS (1)
Sudah berkenal-kenalan dengan lelaki Sunda aka tour guide kami kan?. Kami, setelah mendapat kunci untuk apartment no.2 (connected with apartment no.1) terus beredar menuju MONAS (actually kami singgah ke satu mall yang ada tempat untuk ice skating). Sebelum bertolak tadi, aku, sempat basuh muka dan jelous mau mampus dengan si Buffy yang sempat berlimpang-limpang.
Kami tiba di MONAS lewat petang. Di tempat letak kereta ada gerai-gerai (pasar malam), tapi, menurut tour guide, gerai-gerai itu, siang pun ada. Dari parking lot ke dataran MONAS, lebih kurang 200 m. hujan renyai. Dannnnnnnn…”mbak-mbak, payung mbak”. Remaja lelaki sua payung kepadaku. Aku geleng. Rapat dengan Buffy yang siap berpayung. Datang lagi 3 remaja lelaki lain dengan payung. Aku dan si Buffy, berpeluk sudah. Hujan makin lebat. Cik hot, pakai raincoat 7-E yang Nampak macam plastic sampah (wakakkaka!). orang-orang kiri kanan lari-lari ke bawah pokok di tepi cobbled street.
Nasib baiklah, hujan tidak turun dengan lebat. Masih renyai. Matahari makin redup dan angin sepoi (lebih dari sepoi-sepoi sebenarnya)(kuat itu angin!). udara segar walaupun di tengah kota. Cobbled street . lampu jalan yang kekuning-kuningan. Kami berusaha kelihatan seperti tourist yang overeager. (waaaah! Ohhhh! Wooow!). to the smallest detail yang pasti terlepas pandang di tanahair sendiri
Kami tiba di hujung jalan, Just in time untuk melihat segerombolan orang mengemaskan barang dan peralatan khemah, sisa dari konsert malam tadi. Ahhh.. terlepas konsert!
Tour guide bagi penerangan mengenai MONAS. Aku cuba mendengar dengan teliti. Bukan pada faktanya tapi pada sebutan dan lenggok bahasa Indonesia yang indah (really, it’s soft and bernuansa-whatever that suppose to mean). Contohnya: sila klik (hahahha! Aku gila mendengar cerita gossip artis Indonesia)
MONAS (1) bersambung ke MONAS (2).
