Isnin, 31 Mac 2014

perjalanan malam BIMA

02/03
stasiun Gambir, Jakarta.

Setelah pengumuman keretapi ke Surabaya akan tiba lewat disebabkan masalah teknikal, ramai penumpang yang turun lagi ke lantai satu membeli makanan, jajan dsb.

Saya ada cheesebread (dari Bread Talk), cheese sticks dari Carrefour dan sebotol air mineral 1.5 L. Jadi saya berdiri dekat dengan landasan melihat gelagat manusia.

Selalunya, dalam keadaan ini, saya akan mencari seseorang untuk bercerita (and i' m quite good at small talk*). Tapi, bukan kali ini, memerhati dan monolog jauh lebih menarik dari bercerita dengan total stranger

Keretapi sampai dalam pukul 5.35pm di jalur 2. Bukan di jalur 1 sepertimana biasa. Saya bergegas ke jalur 2 selepas sedar ramai orang yang menantikan kereta BIMA bersama dengan saya bergerak ke arah itu (tidak ada pengumuman) bersaing dengan porters yang mengangkat barang-barang masuk ke gerabak.

Lebih kurang 5.45pm, keretapi bergerak.

Saya duduk dekat dengan tingkap (seperti yang saya minta semasa membuat tempahan). Di sebelah saya, seorang gadis cantik yang menjawb semua pertanyaan saya dengan 'nggak pasti tu mbak' (aaaahhh... so much for the assessment of "im quite good at small talk*")

Keretapi bergerak terhencot-hencot. Not the usual lulling rhythms. Ada interval yang kasar dan sangat tidak menyelesakan. Dalam otak saya: Crap! i'm going through this for the next 12 hours. not good.  hahaha!

6.00pm, inspektor tiket masuk dan memeriksa tiket. Dibelakangnya, 2 orang pekerja mengagihkan selimut. Selimut itu saya gunakan untuk menyokong bahagian belakang saya. It doesn't smell freshly laundered and its coarse fleece, which i dont fancy. saya ada pashmina yang berbau softlan lavender!

7.30pm
Gadis di sebelah saya sudah tidur. Dua lagi gadis di seberang aisle (kawan) juga tidur. Ruang agak sempit, jadi saya melangkah gadis tersebut dengan stiffled 'permisi'. Saya mahu ke kantin keretapi untuk makan malam. Kalau anda malas untuk bersusah-payah ke kantin, terdapat juga pekerja yang menjual makanan dari gerabak ke gerabak.

Harga makan malam saya adalah Rp35 000 untuk nasi goreng + telur mata + ayam goreng + jus guava + 3 slice of rotten tomato. No. i dont recommend the food. 

8.30 pm
kembali semula ke tempat duduk setelah menukar pakaian dan cuci muka + brushing di toilet.

Read a chapter of David and Goliath (too bored to concentrate on reading)

9.00 pm
Movie baru di TV yang ditetapkan pada mode mute. Nasib baik ada subs indo (Ben Affleck silly movie)

Pitiful sleep after the movie. 

Ada 2 stops dari Jakarta sebelum gadis di sebelah saya turun (around midnight) dan diganti dengan seorang gadis yang lebih muda dan sangat polite yang tujuannya ke Surabaya.

Lampu train tidak dimalapkan sepanjang perjalanan.

Tiba di Gubeng 6.10 am (Pronounce: Gu = Guru, Beng = Bengkak. NOT Beng = Bengkel). if you can make the 'beng' sound more nasal. ya, you got it!

Bateri handphone saya flat. tidak dapat charge di dalam keretapi.

ohooooooy!! saya di Surabaya! now, off to beli tiket ke Probolinggo dan cari travelmate saya:Juvi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan