Jumaat, 28 Mac 2014

Nasi Padang Sederhana


Jangan tertipu dengan tajuk post ini. tidak ada yang sederhana dengan penyajian Nasi Padang.

khusus untuk yang pertama kali menyantap nasi padang, sila beri perhatian kepada peraturan-peraturan ini:
1. sila makan dengan tangan.
2. JANGAN!! minum air dalam bekas kecil (kadang-kadang ada hirisan limau). itu air basuh tangan.
3. nasi padang disajikan dengan pilihan lauk-pauk yang pelbagai. 
4. makan/sentuh lauk yang diinginkan sahaja. kita bayar untuk makanan yang disentuh sahaja    (walaupun tidak habis dimakan)
5. jika anda ada lauk favourite (contohnya: gf korea saya suka gulai urat) dan tidak termasuk dalam lauk-pauk yang dihidangkan, sila tanya penyaji makanan.
6. sila makan keropok selepas makan (hahahha... thats optional, but, its a good option)
 
lauk kegemaran saya adalah, daun singkong, tempeh goreng dan terong belado. ya, saya tau, kampungan kan? well.

ini adalah kami pada 01/03/2014, @2pm di restoran nasi padang sederhana, berhadapan dengan WTC Mangga Dua. 

setelah lebih setengah hari berkeliaran di pasar pagi, ITC dan kawasan sekitarnya mencari restoran nasi padang. lapar dan letih mencari, kami naik bajaj ke restoran ini dari pasar pagi.
Naik bajaj. itu pengalaman yang menggemaskan

travel tips#20: whenever in doubt, try to trust your guts feeling.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan