Jumaat, 28 Mac 2014

Berkereta ke Surabaya

Hahaha! otak saya masih ligat berfikir mengenai kata-kata cacian menggunakan perkataan 'pukis'
boss sabahan: ko pigi makan pukis (plural puki) la!
indo: oke boss, pukisnya mau apa coklat, kismis, keju ato pisang?
boss sabahan: puki ayam ko la! budu!!
indo: oo itu, yang segitu tu gak ada boss. 

muahahahha..

Selepas bersiar-siar dan makan nasi padang sekali lagi di Mangga Dua Square untuk makanan tengahari dan membeli beberapa barang di Carrefour kami kembali ke hotel untuk mengambil beg. gfs akan stay di Jakarta semalam lagi sebelum kembali ke pejabat menghadap auditor. saya akan meneruskan cuti di Surabaya.

saya pernah menggunakan perkhidmatan keretapi Bandung ke Jakarta tahun lepas. Jadi kali ini, saya akan menaiki keretapi (berkereta) ke Surabaya. Jadual perjalanan adalah pada pukul 5 petang dan dijangka sampai pada pukul 5 pagi esoknya. perjalanan mengambil masa lebih kurang 12-13 jam. sedihnya, tidak ada sleeper train.

sebelum ke Gambir, semasa di hotel, saya watsapp Juvi, kawan yang sedang berada di Jogja mengenai perincian perjalanan. juvi adalah travelmate saya sehingga hari sabtu (08/03)

service provider telefon saya adalah CELCOM dan saya tidak mengaktifkan roaming service sebab bayaran harian di luar negara adalah lebih kurang RM48. jadi, saya memanfaatkan perkhidmatan wi-fi hotel. salah satu syarat utama dalam pemilihan hotel adalah wi-fi yang baik. so, pay attention, hoteliers. 

nice surprise bila saya tiba di Stasiun Gambir dan mendapati wi-fi di stesen ini sangat baik. Jarang ada wi-fi yang laju di kawasan awam seperti ini. 

lantai atas, bahagian selatan
Tapi, kau tahu apa yang lebih surprising di stesen ini? i mean, selain dari harga segelas Starbuck coffee yang hanya separuh dari harga biasa di Malaysia. Ada live performance di tempat menunggu (lantai satu selepas check in). check in time adalah sejam sebelum bertolak. Mereka memainkan lagu-lagu keroncong lama yang saya sangat tidak familiar, but sound real nice. and i think i had a crush with the man on violin.



Kereta ke Surabaya sepatutnya bertolak pada pukul 5 petang. Tetapi disebabkan masalah teknikal, train hanya bertolak 15 minit sebelum pukul 6pm. maksudnya, saya akan lambat tiba di Surabaya.

Harga tiket Gambir-Gubeng adalah Rp550 000.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan