Jumaat, 28 Mac 2014

naik bajaj

Ini adalah kali keempat saya di Jakarta, tapi baru pertama kali naik bajaj.

Apakah itu bajaj? di Jakarta, ini adalah kenderaan yang dipandu oleh orang-orang pemberani. Berani menyusup dan mengasak di dalam macet. Berani melalui jalan-jalan sepi dan gang sempit untuk shortcut. Walaupun sebenarnya kenderaan ini hanyalah sebuah motorsikal yang diubahsuai dengan penambahan kerusi untuk penumpang.

dan anda sebagai penumpang, perlulah mengambil nafas yang panjang sebelum masuk ke dalam bajaj dan mempersiapkan hati. you are in for a wild ride. ;)

untuk yang pertama kali menaiki bajaj, berikut adalah saranan yang mungkin boleh membantu:
1. dari tepi jalan, sila lambai ke arah bajaj yang statik/bergerak
2. sila tanya driver bajaj mengenai tujuan perjalanan anda. tanya kos perjalanan.
3. nyatakan wang yang sanggup anda bayar. bertawarlah sehingga mencapai kesepakatan.
4. masuk ke dalam bajaj dan PENTING!! kunci pintu

ini adalah kami pada 01/03: ketawa gembira kerana bajaj rupanya boleh memuatkan 3 orang! (XL, XL, M going on L) juga untuk menghilangkan nervous sebab jalan sangat macet dengan genangan air melebihi paras buku lali di jalan dan pemandu bajaj kami, seperti Raju pelakon handalan Tamil yang berabisan pok staring mengasak kenderaan-kenderaan lain. hahaha!

Bajaj kedua kami, lebih sopan santun. mungkin lebih jiwang sebab sticker dia ada WARNING: CINTA itu BUTA tapi CINTA itu tau mana MOBIL mana SEPEDA

iya, selain pemberani, driver bajaj nampaknya, juga jiwang karat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan