Khamis, 13 Mac 2014

Jakarta 28/02

Apa yang perlu dilakukan apabila berseorangan menunggu orang? 

Selalunya, kalau berjalan-jalan saya akan bawa buku di dalam beg. sekurang-kurangnya dalam masa menantikan 'sesuatu', buku boleh diselak dan masa tidak begitu terasa bergerak. dan, ya, saya masih sangat old-fashion, masih bawa ke hulu ke hilir buku (kertas) yang gedebak itu. ;)

perjalanan ke Jakarta kali ini, saya terlupa membawa buku. jadi, di LCCT, saya membeli buku Gladwell yang baru 'David and Goliath'. RM53.70 RM57.90. ya, mahal kan? sedangkan di rumah, buku yang baru dibeli di Fireball sale masih ada 16 yang belum dibaca.

Anyway, saya sangat enjoy buku Gladwell yang ini. sangat membantu juga sebab flight kawan-kawan saya di KL agak lambat sampai.

and what do you do when you're waiting for friends at a foreign airport? of course ko buat begini kan?

the korean-looking gf is Jane.

tengah malam, malas bertawar dengan pemandu teksi yang  becok menawarkan teksinya pada harga Rp120k. kami beratur menunggu nombor BlueBird. penantian di BB booth juga satu pengalaman yang menyenangkan. bukti bahawa, if you can put just a little bit of humour in anything, it'll be more bearable or even can be fun.

travel tips: 
#23 pray for a competent taxi driver. 

Selamat sampai di hotel pada pukul 2 pagi. Kami bercadang untuk bangun pagi paling awal pukul 8 pagi.

Selasa, 11 Mac 2014

perbelanjaan berhemah

Setelah kiraan perbelanjaan dihitung tuntas, akhirnya saya berjaya melakukan perjalanan selama 8 hari/8 malam di indonesia dengan dana kurang RM2 ribu. ya! kiraan sebenar adalah RM1939.

ini termasuk flight tickets 1. Kuching - KL, 2. KL- Jakarta, 3. Surabaya - KL, 4. KL-Kuching, semua accommodations, transports, entrence fees, shopping (minimal), food, duit kepada pemuzik jalanan etc. sebenarnya, kiraan itu mungkin terlebih kerana saya menggunakan perkadaran RM300 = Rp1j. pada tukaran pertama saya, kadarnya cumalah RM285 = Rp1j. tapi untuk memudahkan pengiraan, saya mengambil RM300 = Rp1j

28/02 jakarta
01/03 jakarta - java jazz fest
02/03 jakarta to surabaya
03/03 suarabaya to probolinggo
04/03 probolinggo to bromo to ijen crater
05/03 ijen crater to surabaya
06/03 surabaya to batu
07/03 batu
08/03 batu to surabaya to KL
09/03 KL - Brooks half marathon. (ya i ran after i came down from the crater. not a good idea)

paling diingati :
1. performance Dewa Budjana dan Tohpati di Semeru Hall - Java Jazz 
2. matahari terbit di Kawah Ijen

Khamis, 27 Februari 2014

memories in bulk

Antara convenience yang paling menyenangkan dalam rencana pengembaraan adalah early flight check in!. flight esok sudah checked in. flight kembali juga sudah checked in. problem dengan e-ticket konsert sahaja lagi. masalahnya, saya bagi alamat email yang salah. sudah try email dan tweet organizer, tapi malangnya tidak ada reply. grrrrrr... mungkin saya kurang persistent

Anyway, i have the booking number, so, hopefully that will sort out the prob.

Tahun ini, saya membawa ke hulu ke hilir buku harian rasmi saya, sebab edisi tahun ini AWESOME! saya bertekad untuk hanya menggunakan buku harian ini sebagai journal harian dan scrap book saya. so, ya, crocky will fly with me!

Another thing, awal bulan ini, saya ke pejabat imigresen KK dan berjaya memperbaharui pasport dalam masa kurang 2 jam (all in all) dan yang paling amazing adalah layanan mesra semua pegawai bertugas di kaunter. syabas pejabat imigresen KK. (you should experience the lay back, very long queue at kuching immigration office to appreciate the ease and convenience at KK's. took a few hours just to renew my 'blue' passport. but, thats in 2012. maybe, they'd changed too).

Akan diusahakan menulis lebih banyak dalam crocky dan tulis semula di sini.

Rabu, 26 Februari 2014

Apanya yang minimal?

Penerbangan saya ke Jakarta hujung minggu ini. Agak sedih sebab sepatutnya, adik perempuan saya, popong turut serta dalam weekend excursion ini. masalahnya, dia terlalu sibuk dengan handing over project. (dia buat hospital di Tuaran dan dalam proses handing over building kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, she's an engineer-and i'm proud of her).

But, canceling a trip is the downside of being important in a company.

Kalau ada perkara yang lebih menyayat hati dalam hidup ini, pasti lebih kurang sakitnya dengan tidak mempunyai kesempatan bercuti bersama orang-orang yang disayang. dan, kalau ada perkara yang lebih baik berlaku dalam hidup saya, antara yang terpenting ialah, kebahagiaan mempunyai bos yang sangat flexible dan supportive dalam hal-hal meluluskan cuti.

Saya baru membaca nota-nota berkaitan minimalist living. selama ini, rasanya, itu yang saya amalkan. semalam, saya baru menulis list barang-barang yang perlu di pack untuk bercuti. i am used to pack a bag and live a week away from home, that i have no problem to pack my things in less than 30 mins. Kesedaran bahawa gerubuk pakaian saya sarat dengan pakaian yang sangat jarang dipakai menyedarkan saya bahawa, ya, i need to clean this up.

Waktu lunch hour tadi, saya buat list pakaian essentials untuk satu semester. Ganjil juga la kan kalau saya pakai baju kurung yang sama setiap minggu. Saya akan berusaha membersihkan gerubuk pakaian saya malam ini. Ya, baby step kearah minimalist life yang saya mahu.

Kenapa saya perlu menuliskan ini di blog Jakarta Bandung? sebab saya gemar berkelana. Pengembaraan paling baik bagi saya adalah apabila kita tidak terikat dengan jadual yang rumit, expectations yang melambung. Apa adanya, minimal. saya perlu mengingat itu. Being minimalist is not about being frugal or being radical, its about being simple. clarity and focus.

Saya mahu mulakan perjalanan kali ini dengan mindset sedemikian. ;)

Isnin, 10 Februari 2014

Java Jazz 2014

wah!coretan berkaitan Jakarta Bandung yang tidak siap-siap sehingga ke kini.

Maka, tahun ini akan bersambung lagi dengan kembara ke Indonesia, khusus untuk mengikuti Java Jazz ke 10 di Jakarta dan seterusnya ke JATIM.

Setelah lawatan yang pertama (semasa awal penulisan blog ini) saya pernah ke Jakarta lagi sebanyak 2 kali, sekali dengan keluarga (Gapa, Gama, Gamit, Sael) ke Bandung dan sekali lagi dengan Fread dan Dawn Carmel ke Jogja melihat Borobudur.

Untuk tahun 2014, ini adalah kali ke 4 di Jakarta. kota yang paling kerap saya lawati di South East Asia semenjak belajar berjalan keluar dari Malaysia (2009). Masih juga kota ini bukan kota kegemaran saya, terlalu ramai orang, terlalu hiruk pikuk, terlalu beza jurang antara darjat manusia yang menyebabkan hati saya sakit.

Tapi, tetap juga ke mari kan? maksudnya, Jakarta, istimewa. Tidak perlu terlalu banyak alasan untuk kembali, iya, tetap saja kembali.

Selasa, 10 Ogos 2010

perjalanan pagi

23/03/2010

Perbualan di dalam bas

juvi: ui, bagus o tu aircond punya kipas (merujuk kepada compressor) kering semua.

merujuk kepada kesungguhan kami menjemur pakaian di balkoni apartment yang sesungguhnya berkesan untuk mengeringkan pakaian. compressor berangin panas. please comment cik adek?

Den Adjie mengagih- agihkan minuman soda berkarbonat. apa da jenama dia cik adek? macam sedap, tapi, memandangkan, saya kurang gemar minuman yang terlalu berwarna, niat minum dibatalkan. saya try minum air mineral. wah.. bermineralnya. payau.

ubat tolak angin. jenama ni sangat famous di Indo, billboard advert featuring Agnes Monica. apa da? macam takder artis lain lagi eh? Billboard semua muka dia, sampai dinding bas pun muka dia juga. Blackberry, tolak angin, kad bank..

i'll tell later about Dawn's attempt to menolak angin perut dia menggunakan tolak angin.

Den Adjie: selamat pagi, kita akan memulakan perjalanan dari Jakarta ke Bandung menggunakan Jalan tol.. bla..bla.. bla.. lalu, untuk breakfast, kita akan berhenti sebentar di bla..bla.. bla..

me: aku lapar fread

fread: kau tidak minum tadi?

me: mana sempat

fread: aku pun lapar juga ni... apa mau makan ni? mana dia cakap mau berenti makan tadi?

Piet: cantiknya pokok buluh mereka tanam buat pagar

me and fread : huh?

ok kedudukan kami dalam bas. di belakang supir, cik jen dan Dawn, belakang mereka, kosong, ke belakang lagi, ppong, belakang lagi, fread. sebelah kiri bas. dari depan, En. boyang (pembantu supir yang sangat super) duduk bersama Den Adjie, ke belakang, cik juvi dengan diana, ke belakang, me, ke belakang lagi piet. tempat duduk belakang yang panjang dan kosong, tempat beradu sekali sekala cik hot, dan juga tempat menumpukkan barang.

(hahahhaha.. belum sampai minum pagi pun kan?) slow and steady will get us there guys.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Jakarta yang sejuk

OMG! post long overdue.

pagi 23/03.
(jam mengikut jam handphone yang mengikut jam Malaysia)

sekitar 3.30 pagi
Ppong: sejuknya, kasi off air cond.
me: pigilah off sendiri
Ppong- dia tarik selimut dan melingkar.
cilaka!
me- sedar diri, me older. ok. aku bangun, cari remote air-cond. mana ni? adoyai.. suis aircond, 2 meter dari lantai. cari kerusi. takder. cari penyapu.nak jolok. takder. uih! sejuk ni! hanger? ok, try. takdapat. cilakak! cilakak!. keluar bilik. (i am wide awake already!). amik kerusi. ahhh.. baru boleh off.

sambung tidur. apahal tak boleh plak ni? nak berak? ok. me out lagi, to bathroom. pelan-pelan, macam kucing. cik buffy tidur. tak tutup TV. ok. switch off dulu. duduk dalam bathroom, senyum-senyum, aku berak di Indonesia! yay!

sambung tidur.

sekitar 6.00 pagi
suara sumbang: ui! bangun! bangun! cakap mau ambil gambar awal pagi.
me open my heavy eyes. God, give me a break...
thud! kaki dia hampir melantak badan me.
suara sumbang: pong, bangun pong, kau di Indonesia. kita tengok matahari timbul.
ppong: ai cik hot..
suara sumbang @ cik hot: kenapa best tempat korang? tidak telampau sejuk? tempat kami dahlah berlubang dinding tu. share aircond yang sejuk melampau.
ppong: mhmmm..(sleepy voice)
cik hot: ui, kenapa kau dua belum bangun lagi, dorang juvi sudah bersiap-siap tu. kita jalan awal. 7.30.
me: baru pukul 5 la cik hot. ko tengok jam Malaysia tu...

sekitar 7.15
kami siap sedia. Den Adjie tiba tidak lama kemudian.

sekitar 7.45
bertolak menggunakan bas (20 penumpang?). bertolak awal untuk mengelakan macet*. kami akan menggunakan highway baru, Jakarta-Bandung. Cipularang toll road. we used the Puncak route on the way back to Jakarta.

macet* = traffic jam.