Rabu, 26 Februari 2014

Apanya yang minimal?

Penerbangan saya ke Jakarta hujung minggu ini. Agak sedih sebab sepatutnya, adik perempuan saya, popong turut serta dalam weekend excursion ini. masalahnya, dia terlalu sibuk dengan handing over project. (dia buat hospital di Tuaran dan dalam proses handing over building kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, she's an engineer-and i'm proud of her).

But, canceling a trip is the downside of being important in a company.

Kalau ada perkara yang lebih menyayat hati dalam hidup ini, pasti lebih kurang sakitnya dengan tidak mempunyai kesempatan bercuti bersama orang-orang yang disayang. dan, kalau ada perkara yang lebih baik berlaku dalam hidup saya, antara yang terpenting ialah, kebahagiaan mempunyai bos yang sangat flexible dan supportive dalam hal-hal meluluskan cuti.

Saya baru membaca nota-nota berkaitan minimalist living. selama ini, rasanya, itu yang saya amalkan. semalam, saya baru menulis list barang-barang yang perlu di pack untuk bercuti. i am used to pack a bag and live a week away from home, that i have no problem to pack my things in less than 30 mins. Kesedaran bahawa gerubuk pakaian saya sarat dengan pakaian yang sangat jarang dipakai menyedarkan saya bahawa, ya, i need to clean this up.

Waktu lunch hour tadi, saya buat list pakaian essentials untuk satu semester. Ganjil juga la kan kalau saya pakai baju kurung yang sama setiap minggu. Saya akan berusaha membersihkan gerubuk pakaian saya malam ini. Ya, baby step kearah minimalist life yang saya mahu.

Kenapa saya perlu menuliskan ini di blog Jakarta Bandung? sebab saya gemar berkelana. Pengembaraan paling baik bagi saya adalah apabila kita tidak terikat dengan jadual yang rumit, expectations yang melambung. Apa adanya, minimal. saya perlu mengingat itu. Being minimalist is not about being frugal or being radical, its about being simple. clarity and focus.

Saya mahu mulakan perjalanan kali ini dengan mindset sedemikian. ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan